Geng Man Halil Waha curi motosikal diberkas! Alat ganti motosikal dijual, beli dadah!

oleh SALINA JALIL|
Geng Man Halil Waha yang aktif mencuri motosikal lebih enam bulan lalu di sekitar Kota Tinggi dan Johor Bahru akhirnya tumpas.

Ia susulan penahanan empat lelaki termasuk ketua kumpulannya dikenali Halil yang berusia 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, mereka berjaya diberkas menerusi dua serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Tinggi pada Julai dan awal Ogos lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, penahanan mereka berusia antara 17 hingga 32 tahun juga membolehkan 30 kes kecurian motosikal sejak Januari lalu diselesaikan.

 

"Halil dan dua ahlinya ditahan di Kota Tinggi pada 29 Julai lalu, manakala serbuan kedua menahan remaja lelaki 17 tahun di Kota Kechil pada 12.30 tengah hari, 5 Ogos lalu.

 

"Soal siasat ke atas mereka membolehkan 18 rangka motosikal pelbagai jenis ditemui di kawasan curam Felda Bukit Waha, yang bernilai RM120,000.

 

"Modus operandi geng ini adalah mencuri menggunakan 'allen key' yang sudah diubah suai untuk menghidupkan enjin motosikal dan kenderaan itu disembunyikan untuk ambil 'spare part'. Rangkanya kemudian dilupuskan sama ada ditanam atau dicampak ke lopak air," katanya pada sidang media di IPD Kota Tinggi, semalam.

 

Beliau berkata, setiap alat ganti itu kemudian dijual dalam kalangan penduduk tempatan pada harga antara RM50 hingga RM100 dengan hasil jualan digunakan untuk membeli dadah.

 

Katanya, siasatan lanjut mendapati tiga daripada empat geng itu mempunyai rekod jenayah lampau termasuk dadah dan polis kini giat mengesan tiga lagi lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an yang disyaki bersekongkol.

 

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan selain tindakan boleh juga diambil mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Nilai kerugian dianggarkan bernilai RM90,000.  Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata siasatan awal…