Kerjasama strategik Avis Malaysia tawar pajakan rangkaian EV premium

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat penyedia perkhidmatan kenderaan sewa di Malaysia, Avis Malaysia kini meluaskan rangkaian khidmatnya melalui kerjasama strategik bersama pelbagai jenama untuk menawarkan sewaan model EV premium ke barisan kereta sewanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melalui kerjasama strategik dengan pemain industri seperti Audi, Modenas, GWM, BYD, CAM, CAF dan ramai pemain lain dalam industri EV, Avis bersedia untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama sewaan kereta antarabangsa terkemuka.

Ia bakal meningkatkan akses kepada kenderaan elektrik dan penyelesaian pengecasan pintar, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kelestarian pilihan pengangkutan di Malaysia.

Avis Malaysia sentiasa komited terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan, dengan menyediakan permintaan melalui pelan pajakan EV yang meliputi pelbagai jenis kenderaan elektrik, termasuk basikal, van dan kereta.

Pelanggan kini boleh memilih model pilihan EV dengan lancar melalui pakej pajakan Avis Malaysia yang komprehensif.

 

2

 

Selain itu, pemegang kad  Ambank juga boleh menikmati kemudahan tambahan dengan ansuran pelan pembayaran untuk pakej pajakan EV.

Syarikat itu juga menyasarkan untuk menyepadukan penyelesaian pengecasan pintar dan pengebilan kepada pelanggan bagi memastikan peralihan ke arah mobiliti elektrik tanpa kerumitan.

Antara perkhidmatan lain termasuk penyelenggaraan dan servis menyeluruh, cukai jalan dan pembaharuan insurans, kemudahan pengecasan serta sistem pengurusan yang inovatif.

Untuk meneroka lebih lagi mengenai rangkaian luas perkhidmatan penyewaan dan pajakan ini, sila layari laman web Avis Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anugerah ini menunjukkan komitmen Avis Malaysia kepada kecemerlangan dan perkhidmatan pelanggan…
Berita Domestik
Pertubuhan Kebajikan Ephratha Rawang ditubuhkan pada tahun 2005 dan menempatkan anak-anak yatim dan…