Pertubuhan Kebajikan Ephratha Rawang ditubuhkan pada tahun 2005 dan menempatkan anak-anak yatim dan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah berumur 5 hingga 18 tahun.
Avis Malaysia mendermakan pelbagai barangan keperluan seperti makanan, produk kebersihan dan 35 buah tilam bernilai RM15,000.

Selain itu, kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut turut dihiburkan dengan persembahan badut serta pelbagai aktiviti menarik dan permainan yang disediakan.
Ketua Pegawai Operasi Avis Malaysia, Mohammad Syahrul bin Yusuf berkata, "syarikat ini menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting secara aktif dalam melibatkan diri dan menyokong komuniti, terutama golongan kanak-kanak yang memerlukan.
"Kami berharap dengan masa yang terluang itu dapat memberikan semangat, dan barangan yang dibekalkan itu dapat membantu memberikan keselesaan dan penambahbaikan terhadap kebajikan kanak-kanak," ujarnya lagi.