Kerja kosong: Anda mahu memasang Porsche Taycan EV di Jerman?

oleh Mohamad Hanif|
Porsche telah mendedahkan perkembangan terkini di sebalik produksi kereta elektrik pertama mereka Taycan EV yang akan mengambil tempat di kilang pemasangan Zuffenhausen, Jerman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Porsche, kilang pemasangan baharu ini dijangka akan mengaplikasikan sistem pengangkutan tanpa pemandu (driverless transport system) di dalam barisan pemasangan, menjadikannya syarikat automotif pertama yang menggunapakai sistem ini di dalam proses produksi siri berterusan. 

Memandangkan susur galur proses yang begitu rumit, Porsche turut menggelarkan kilang Zuffenhausen tersebut sebagai sebuah 'kilang di dalam kilang'.
 


Sistem yang digelar produksi flexi-line membolehkan Porsche menggabungkan barisan pemasangan yang fleksibel dengan kebolehan produksi yang berterusan, di samping membenarkan lebih banyak pekerjaan dilakukan di dalam ruang yang serupa berbanding sistem kilang tradisional. 

Menurut Porsche lagi, pengaplikasian sistem baharu ini akan mewujudkan lebih kurang 1,200 peluang pekerjaan baharu di Zuffenhausen untuk ditumpukan pada produksi Taycan, selain ditugaskan untuk memasang kereta sports dua pintu Porsche. 

Ini menjadikan Porsche sebagai sebuah syarikat yang bakal mempunyai pasukan yang berpengalaman dari segi pembuatan produksi massa kenderaan elektrik dan pakar pemasangan kereta sports ikonik Porsche dalam masa yang sama. 
 


Sebanyak $6.95 billion telah dilaburkan oleh Porsche di dalam mobiliti elektrik dalam memastikan hampir 50% daripada kenderaan yang dihantar kepada para pelanggan terdiri daripada kereta elektrik/hibrid elektrik menjelang tahun 2025.

Porsche Taycan EV versi produksi akhir dijangka akan diperkenalkan kepada umum menjelang September 2019. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…