Kereta terbang mirip UFO berharga RM1.35 juta

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari NY Post
Sebuah kereta terbang yang mempunyai bentuk seperti objek terbang tidak dikenali (UFO) berharga AS$288,829 (RM1.35 juta) semakin hampir menjadi kenyataan, lapor portal berita Fox News pada Khamis.

Dinamakan Model A, kereta itu dibina oleh syarikat automotif berpangkalan di California, Alef Aeronautics.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenderaan itu dirakam semasa Pameran Automotif  Detroit di negeri Michigan, minggu ini.

Ia menerima kelulusan penerbangan daripada kerajaan Amerika Syarikat pada Jun 2023 dan boleh dinaiki oleh dua orang. 

Menurut Alef Aeronautics, kereta elektrik itu bukan sahaja mempunyai keupayaan pemanduan di  jalan raya tetapi juga boleh terbang untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di samping berlepas dan mendarat secara menegak.

Ketua Pegawai Eksekutif Alef Aeronautics, Jim Dukhovny berkata,  syarikat itu menyasarkan untuk memulakan pengeluaran kereta elektrik terbang pertamanya itu menjelang akhir 2025. 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…