Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata lanjutan moratorium akan diberikan untuk tempoh tiga bulan.
"Selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank bergantung kepada situasi masing-masing.
"Bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas dan berkurangan akibat COVID-19, bayaran ansuran akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji bergantung kepada jenis pinjaman," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Lanjutan Moratorium Dan Bantuan Bank Bersasar di Putrajaya dekat sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian