Moratorium PEMULIH untuk pinjaman kenderaan - ada tambahan caj

oleh HEZERI SAMSURI|
Tawaran moratorium yang ditawarkan oleh kesemua institusi perbankan di bawah Bank Negara nampaknya berbeza dari moratorium yang ditawarkan tahun lalu. Ini ialah kerana moratorium PEMULIH membenarkan pihak bank untuk mengenakan caj untuk moratorium yang diambil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hari ini kesemua pihak bank menerangkan dengan lengkap apakah pakej-pakej moratorium yang ditawarkan dan kebanyakannya memberikan dua jenis pakej:

    Pilihan 1: Penangguhan pembayaran ansuran bulanan selama 6 bulan dengan sedikit caj yang perlu dibayar pada penghujung tempoh pembiayaan.

    Pilihan 2: Penurunan bayaran ansuran bulanan selama 6 bulan dengan caj yang perlu dibayar pada penghujung tempoh pembiayaan, cuma cajnya lebih rendah dari Pilihan 1.

Caj-caj yang dikenakan untuk moratorium ini berbeza dari satu bank ke bank yang lain. Contoh di bawah ialah dari pihak Maybank Auto Finance, CIMB dan RHB (imej dari Paul Tan).

 

Contoh dari Maybank Auto Financing.

 

Contoh dari CIMB Hire Purchase.

 

Contoh dari RHB Bank.

 

Caj yang dikenakan tidak akan menambah bayaran ansuran bulanan anda dan pemohon TIDAK PERLU MENYEDIAKAN SEBARANG DOKUMEN untuk menunjukan bukti penurunan pendapatan.

Namun begitu, mereka yang mahu meminta moratorium ini perlu memohon melalui laman web bank masing-masing dan KELULUSAN ADALAH AUTOMATIK.

Untuk pinjaman SME dan perumahan, sila hubungi pihak bank masing-masing.

Di bawah ialah artikel yang menyenaraikan laman web bank-bank tempatan.

https://careta.my/article/pemulih-cara-memohon-moratorium-menurut-bank-negara-malaysia

*Gambar utama: ©tktktk/123RF.COM

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Moratorium, atau penangguhan bayaran balik pinjaman juga turut diperluaskan kepada perusahaan mikro…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Pengedar Perodua Malaysia, Khairul Nizam Ayob memberitahu The Malaysian…
Berita Domestik
Careta yang menghubungi pihak Maybank diberitahu bawah gambar yang tular itu memang betul terpapar…