Moratorium mampu tingkat penjualan kenderaan, kekurangan cip masih lagi masalah utama

oleh Mohamad Hanif|
Pelaksanaan moratorium untuk tempoh enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dikatakan dapat membantu meningkatkan penjualan kenderaan disebabkan aliran tunai pembeli kereta bertambah baik disamping pengecualian cukai jualan yang masih lagi diteruskan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut presiden Persatuan Pengedar Perodua Malaysia, Khairul Nizam Ayob memberitahu The Malaysian Reserve, pelaksanaan moratorium ini mampu memberikan manfaat kepada kenderaan didalam pasaran massa, walaupun inisiatif pembayaran balik pinjaman ini dilaksanakan kepada semua golongan pendapatan.

Menurut beliau, moratorium pinjaman ini mampu menyumbang kepada peningkatan permintaan di dalam segmen kenderaan peribadi, sama seperti apa yang berlaku terhadap pendaftaran kenderaan baharu separuh kedua tahun lalu disebabkan oleh pengecualian cukai jualan (SST).

"Inisiatif ini bermanfaat kepada rakyat berpendapatan rendah untuk membeli kereta baharu kereta tempoh ini.

 


"Kebanyakan pengedar kenderaan kini sudah mula beralih kepada pemasaran digital walaupun sambutan daripada umum akan mengambil masa. Akan tetapi, jumlah tempahan kenderaan kini banyak disumbangkan oleh pengecualian cukai jualan SST," tambahnya lagi.

Malaysia juga merupakan antara negara yang turut terjejas disebabkan masalah kekurangan cip semikonduktor, di mana ia turut memberikan kesan kepada produksi sesetengah model tempatan.

Menurut Khairul Nizam, Perodua kini sedang berusaha untuk mencari pembekal yang tepat dan boleh dipercayai bagi mengatasi masalah ini.

Data daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menunjukkan kesan kekurangan cip di peringkat global memberikan kesan kepada jumlah industri secara keseluruhan pada bulan Mei, disamping perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan, serta bulan bekerja yang singkat ketika musim perayaan.

Sementara itu, CEO MARii Datuk Madani Sahari berkata moratorium pinjaman ini mampu memberikan nafas lega kepada mereka yang terjejas disebabkan pandemik, dan dalam masa yang sama mempersiapkan asas untuk pemulihan sektor automotif dalam masa beberapa bulan akan datang.

"Pengecualian SST memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan permintaan industri di mana angka jualan kenderaan berjaya melepasi angka setengah juta pada akhir tahun lalu.

 


"Sekuriti kewangan berjaya mengekalkan semangat dan motivasi rakyat Malaysia yang terjejas agar dapat meneruskan kembali aktiviti ekonomi setelah wabak terburuk ini berakhir.

Menurut Madani lagi, kerajaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan MARii sedang bekerja rapat dengan pemain industri untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dalam usaha mengurusakan pandemik dari perspektif kesihatan dan ekonomi.

Baru-baru ini, MARii telah mengumumkan peranti yang dinamakan sebagai MARii Tracker sebagai penyelesaian kepada pengurusan protokol penjarakan sosial di dalam premis perniagaan.

Sumber: The Malaysian Reserve

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hari ini kesemua pihak bank menerangkan dengan lengkap apakah pakej-pakej moratorium yang…
Berita Domestik
Moratorium, atau penangguhan bayaran balik pinjaman juga turut diperluaskan kepada perusahaan mikro…
Berita Domestik
Careta yang menghubungi pihak Maybank diberitahu bawah gambar yang tular itu memang betul terpapar…