Kerajaan perlu berpandangan jelas terhadap dasar automotif negara - IDEAS beri amaran

oleh Mohamad Hanif|
IDEAS telah memberikan respon balas terhadap pelan perancangan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap kenderaan import dan memperkenalkan projek kereta nasional dalam masa yang terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bercakap di dalam sidang Parlimen, Tun Dr Mahathir bertegas kedua-dua langkah tersebut adalah perlu bagi menjamin kualiti dan standard keselamatan bagi kereta yang diimport ke dalam pasaran Malaysia dan dalam masa yang sama melindungi industri automotif Malaysia yang masih muda. 

 

Pakar ekonomi IDEAS, Adli Amirullah membalas kenyataan tersebut dengan berkata masa depan dasar automotif negara masih lagi tidak jelas. 

"Kerajaan sewajarnya jelas dengan pelan dasar automotif negara, dan sekatan yang sesuai (terhadap kenderaan import) bagi memastikan keselamatan pengguna amatlah dialukan, namun sekatan yang tidak munasabah bagi melindungi pasaran domestik sewajarnya dielakkan," tambah beliau. 

Beliau turut membidas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mendakwa industri automotif negara yang masih lagi 'bayi'. 
 


"Proton dan Perodua sudah lama berada di dalam pasaran tempatan, masing-masing berpengalaman hampir 33 tahun dan 24 tahun, dan Perodua kini sudah menguasai pasaran kenderaan penumpang hampir 40%, mendahului penguasaan pasaran kenderaan import.

"Manakala Proton pula kini berada di tangga ketiga di belakang Honda dengan penguasaan pasaran sebanyak 13.8% atau 70,991 unit terjual pada tahun 2017, adakah ini masih lagi menunjukkan industri automotif negara masih di tahap awal?" ujar beliau mempersoalkan kenyatan PM.
 


Ketika mengulas pelan projek kereta nasional ketiga, Adli Amirullah mengalu-alukan sebarang jenama baharu ke dalam pasaran domestik, jika dan hanya jika kerajaan itu sendiri menjauhkan diri daripada mencampuri urusan pasaran domestik. 

"Kerajaan sewajarnya mempromosikan lebih banyak persaingan di antara pengeluar bagi menghasilkan produk yang berkualiti, salah satu cara adalah dengan mengurangkan cukai eksais kepada kereta import untuk mengurangkan harga jualan dan ini akan memberikan dorongan kepada pengeluar tempatan untuk menghasilkan produk yang berkualiti," jelas Adli. 

Sebagai kesimpulan, kerajaan perlulah berpandangan jelas terhadap arah dan hala tuju dasar automotif negara pada masa akan datang. 

"Malaysia seharusnya mengamalkan dasar terbuka kepada pemain luar dan mencari persaingan yang lebih sihat untuk membentuk industri automotif domestik yang lebih berdaya saing," akhiri Adli Amirullah.  

 

Artikel diatas diterjemah dan diubahsuai daripada penulisan asal yang boleh dibaca di laman IDEAS

IDEAS warns the new government to have a clear mind on automotive policy

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Jika fokus adalah kepada kenderaan elektrik, memang wujud peluang untuk UK bekerjasama dengan…
Berita Domestik
Kementerian Pembangunan Usahawan pada fasa akhir menyenarai pendek syarikat yang akan bekerjasama…
Berita Domestik
Laman web tersebut, DSK Industry turut mengaku mereka sedang menyiapkan kereta elektrik pintar yang…