Kerajaan negeri Sarawak bakal miliki syarikat penerbangan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan negeri Sarawak memberi bayangan akan memiliki sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi secara serantau bagi memudahkan rakyat Sarawak pulang ke kampung halaman.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya akan mengoperasikan sebuah syarikat penerbangan kecil sendiri bagi membantu rakyat negeri untuk pulang ke Sarawak ketika musim perayaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau tidak menafikan bahawa harga tiket penerbangan akan melonjak naik pada musim perayaan lebih-lebih lagi pada bulan Disember.

“Dengan memiliki dan membina syarikat penerbangan kecil itu, kita akan membantu rakyat dari segi penyediaan harga tiket yang berpatutan untuk mereka pulang ke Sarawak,” katanya ketika menjawab soalan peserta Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 dalam sesi Town Hall Sarawak Agenda di  Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 yang memasuki edisi ke-14 itu membawa pelbagai pengisian ilmu, kemahiran dan peluang pekerjaan kepada pengunjung dan pelajar yang hadir dalam mengetahui perancangan besar kerajaan negeri Sarawak.

Tambah Johari, beliau sedang mengusulkan cadangan kepada kerajaan Pusat untuk mengambil alih MASwings dari Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG)yang akan ditempatkan di bawah kerajaan negeri Sarawak.

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Informasi
"Sebab itu ...saya sedang merangka 'hitam putih' (memorandum persefahaman) yang antara isinya ialah…
Informasi
  "Itu setakat dua minggu lepas. Sekarang bila banjir sudah surut, kita akan lakukan sekali lagi…
Informasi
  Menurutnya, perkara itu antara langkah yang diharapkan daripada MOT selepas beberapa sesi libat…