Kerajaan Kedah harap projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim diluluskan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan Kedah berharap Kementerian Pengangkutan (MOT) meluluskan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) agar langkah susulan membangunkan projek mega itu dapat dilaksanakan dengan segera.


Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kelulusan itu antaranya akan membolehkan kerajaan negeri melakukan beberapa langkah seterusnya seperti pengambilalihan tanah sebagaimana termaktub dalam undang-undang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, perkara itu antara langkah yang diharapkan daripada MOT selepas beberapa sesi libat urus yang dijalankan kedua-dua pihak sejak 10 tahun lalu.

 

"Adalah tidak benar untuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendakwa kita tidak pernah membuat permohonan. Libat urus mengenai projek KXP ini sudah dijalankan sejak 2013 lagi bersama pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan terkini pada Januari lalu.

"Saya nasihatkan Menteri Pengangkutan dapat merujuk perkara ini dengan pegawai yang berkenaan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri bagi menjayakan projek ini," katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

 

Beliau berkata demikian selepas selepas Melancarkan Kempen Sayangi Kedah Sejahtera selepas tamat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman, di Alor Star.

 

"Bukanlah menjadi persaingan kepada mana-mana pihak tetapi ia adalah saling melengkapi infrastruktur lapangan terbang yang kita ada di negara ini khususnya negeri jiran," ujar beliau.

 

Muhammad Sanusi berkata lagi, kerajaan Kedah juga berharap ada pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberikan gambaran sebenar pembangunan Kedah Aerotropolis dan KXP.

 

"Tanpa penerangan ini, maka ianya akan terus dilihat sebagai saingan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Saya bimbang beliau hanya mendapat penerangan sebelah pihak (Pulau Pinang) sahaja.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Saya telah berkali-kali katakan bahawa saya tidak pernah kata tidak ada perbincangan tetapi…
Berita Domestik
  "Kerajaan negeri Kedah sebelum ini tidak dapat menyelesaikan hutang bekalan airnya kepada…
Informasi
  Bagi saya, pembinaan ini mampu beri kesan kepada ekonomi negara. Kita semua tahu ekonomi negara…