Anthony Loke - Belum ada permohonan rasmi kebenaran aerodrome diterima

oleh Penyumbang Rencana|
Perbezaan di antara lapangan terbang dan aerodrome
Kementerian Pengangkutan sehingga kini belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi mendapatkan kebenaran aerodrome untuk pelaksanaan projek Kedah Aerotropolis.


Tegas menterinya, Anthony Loke, setakat ini, permohonan atau kelulusan projek itu hanya diberikan secara prinsip oleh pihak Majlis Perancangan Fizikal Negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Saya telah berkali-kali katakan bahawa saya tidak pernah kata tidak ada perbincangan tetapi permohonan mestilah untuk aerodrome kepada Menteri Pengangkutan.

 

"Itu yang secara konsisten Kementerian Pengangkutan mengatakan bahawa belum ada permohonan rasmi terhadap aerodrome. Laporan-laporan yang dikemukakan ialah untuk mendapatkan ulasan dari Kementerian Pengangkutan, tetapi selepas ulasan diberikan, perlu ada permohonan rasmi kepada Menteri Pengangkutan, sama ada kepada mantan (Menteri) atau kepada saya atau bila-bila masa kepada Menteri Pengangkutan.

 

"Permohonan atau kelulusan diberikan hanya secara prinsip oleh pihak Majlis Perancangan Fizikal Negara. Belum ada permohonan aerodrome dari Menteri Pengangkutan sebab ulasan belum diberikan kebenaran oleh Menteri," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin pada persidangan Dewan Rakyat, pada Isnin.

 

Ujar Loke, setakat ini, dokumen yang pernah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Kedah ialah surat bertarikh 3 Januari 2023 supaya Kementerian Pengangkutan memberi kebenaran kepada projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan Kedah Aerotropolis ketika tempoh menunggu menyiapkan kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) atau menggunakan dapatan kajian terdahulu sebagai interim NASP.

 

"KXP Airport Holding Sdn Bhd sebagai pemaju telah meneruskan kajian dan menamatkan kajian NASP serta mengemukakan kepada kementerian pelan induk utama pembangunan Kedah Aerotropolis mengandungi kandungan teknikal pada 18 Januari 2023.

 

"Selepas pelan induk utama pembangunan Kedah Aerotropolis dimuktamadkan, belum ada permohonan rasmi Kerajaan Negeri Kedah berhubung penubuhan KXP secara terperinci yang memperjelaskan spesikasi teknikal, konsep lapangan terbang yang beberapa kali diubah, pembiayaan tempoh pembangunan, operator lapangan terbang, kawasan terlibat serta maklumat lain berkaitan untuk pertimbangan Kementerian," tambahnya.

 

Beliau berkata, Seksyen 5 Akta Penerbangan Awam 1969 atau Akta 3, dan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrome) 2016 memperuntukkan kuasa untuk membenarkan penubuhan aerodrome adalah di bawah Menteri Pengangkutan.

 

Sehubungan itu katanya mana-mana pihak yang ingin menubuhkan dan membina sesebuah aerodrome perlu memohon kebenaran Kementerian Pengangkutan dan disokong oleh dokumen dan maklumat komprehensif.

 

"Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat telah diadakan dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi memperincikan rancangan pembangunan KXP.

 

"Pada setiap masa Kementerian Pengangkutan memaklumkan kepada pihak pemaju dan Kerajaan Negeri Kedah bahawa cadangan projek pembangunan KXP adalah tertakluk kepada NASP," ujarnya.

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Pegawai Eksekutifnya Ida Adora Asha'ari Ismail berkata rancangan itu adalah susulan…