Kerajaan akan teliti monopoli TnG dalam sistem kutipan tol lebuh raya

oleh Mohamad Hanif|
Isu membabitkan monopoli syarikat Touch 'n Go (TnG) dalam sistem kutipan tol lebuh raya akan ditangani oleh kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "Touch 'n Go telah beroperasi sejak lebih dari dua dekad, dan tiada perkembangan yang meyakinkan di dalam sistemnya.

"Kami akan mempertimbangkan semula monopoli TnG (dalam sistem kutipan tol lebuh raya)," ujarnya dalam sesi Dialog Anak Muda Temu Anwar, di Pusat Konvensyen Kuala lumpur, di sini (19 Mac).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh peserta program berhubung sistem kutipan tol lebuh raya yang dimonopoli oleh Touch 'n Go.

Terdapat gesaan daripada sesetengah kumpulan untuk menamatkan monopoli syarikat itu dalam sistem kutipan tol lebuh raya.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, lebuh raya yang terlibat…
Berita Domestik
  “Ini bukan kali pertama berlaku, dalam keadaan seperti ini sepatutnya staf Plaza Tol cepat buat…
Berita Domestik
  Menurutnya, KPDN juga akan terus memantau dan memastikan isu-isu yang dibangkitkan pengguna…