Kenapa VIOS Challenge bermula sebagai perlumbaan jalanan?

oleh Mohamad Hanif|

Bagi pelumba-pelumba - baik amatur mahupun pelumba professional - perlumbaan di litar jalanan merupakan satu tahap yang amat berbeza untuk dihadapi. 

Litar yang sempit, pendek, laluan yang tidak konvensional serta keinginan yang tinggi untuk mengatasi pelumba lain merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi - selain penghadang konkrit yang bersedia menerima hentaman bila-bila masa. 

Baik dari pihak yang berpengalaman sekalipun, ia masih memerlukan set skill yang berbeza untuk diaplikasikan kepada litar lumba buatan. 
 


Berbeza daripada perlumbaan di litar sebenar, segala aspek stail pemanduan perlu 'ditala' kembali untuk menjadikan perlumbaan yang lebih jitu, tepat dan intuitif. 

Kesabaran juga merupakan antara kunci penting dalam usaha untuk menguasai litar-litar jalanan yang kebanyakannya mempunyai jarak keseluruhan kurang dari 2 kilometer, tiada ruang run-off, selain ruang yang amat terhad untuk memintas pemandu-pemandu lain. 

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K berkata, perlumbaan jalanan ini mempunyai dua objektif besar - memberikan platform yang mencabar dan menarik kepada para pelumba tempatan; kedua untuk menjadikan perlumbaan ini sesuatu yang boleh dinikmati oleh orang awam. 

"Konsep perlumbaan one-make di atas litar sementara di lokasi strategik seluruh negara tidak lain dan tidak bukan memberikan satu pengalaman yang berharga - tiada negara di Asia Tenggara yang mampu memberikan dimensi baharu buat pelumba selain Malaysia!" ujar beliau.
 


Bermula dari litar buatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu ke MAEPS, Serdang, diikuti oleh pusingan ketiga di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, pusingan keempat dan terakhir kini menjengah litar kebanggaan negara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pusingan terakhir ini bakal menyaksikan sebuah perlumbaan yang sengit dan lebih mencabar, di mana para pelumba bakal mencurahkan segala pengalaman yang diperoleh daripada tiga perlumbaan terdahulu ke atas litar yang familiar.

Sudah pasti ia akan menjanjikan perlumbaan yang lebih menarik dan ramai yang ingin mengetahui siapalah pelumba yang terpantas dan bakal merangkul tempat pertama sebagai juara keseluruhan bagi musim tahun ini. 
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "Kami telah menempuh perjalanan yang jauh…
Sukan Bermotor
Bilangan tersebut termasuk penyokong celebriti yang akan memasuki ruang acara secara eksklusif…
Sukan Bermotor
Menurut Presiden UMW Toyota Ravindran K berkata, "Kami amat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran…