Kempen servis Hyundai tawar penjimatan sehingga 25 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini melancarkan kempen servis pertengahan tahun kepada semua pelanggannya dengan tambahan diskaun yang ditawarkan kepada para pemegang Hyundai Loyalty Card.

Kempen yang bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021 ini membolehkan para pelanggan yang menghantar kenderaan untuk diservis menikmati diskaun 15 peratus untuk alat ganti terpilih seperti gasket, penapis minyak, penapis udara, atau palam pencucuh serta 10 peratus untuk kos buruh.

Para pemegang Hyundai Loyalty Card pula boleh menikmati diskaun sehingga 25 peratus untuk alat ganti terpilih, serta 15 peratus untuk kos buruh.

Hyundai Loyalty Card menawarkan manfaat eksklusif kepada para pemilik kenderaan Hyundai di mana mereka boleh menikmati promosi bulanan seperti diskaun 20 peratus untuk produk KLIMA Fresh dan BlueChem untuk tempoh April-Mei.

Selain daripada itu, pemegang kad juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan seperti diskaun pada hari kelahiran untuk perkhidmatan selepas jualan, diskaun barangan Hyundai dan nilai trade-in yang tinggi apabila mereka membeli sebuah kereta Hyundai serba baharu.

Maklumat lanjut berhubung Hyundai Loyalty Card boleh didapati menerusi laman web rasmi www.hyundai.com.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ekstra KM Belanja merupakan kempen pertama seumpamanya yang membolehkan pelanggan menggunakan jarak…
Berita Domestik
Kempen yang bermula dari 8 April hingga 8 Jun 2022 ini mengenakan syarat seperti berikut: 1.…
Berita Domestik
Bermula 15 April hingga 31 Mei 2022, para pelanggan yang telah menempah slot servis bakal menikmati…