Kembara Media Petron alami sendiri pengalaman kuasa Blaze 95 TriAction Advantage

oleh Mohamad Hanif|
Petron Malaysia telah menganjurkan sesi kembara bersama media eksklusif pada 28-29 November di salah satu laluan yang mencabar dan menarik di negara ini untuk membuktikan formula aditif TriAction Advantage Blaze 95.

Pengembaraan ini mengumpulkan lebih 20 orang penulis media dan blogger untuk memandu sepanjang 280 km selama tujuh jam bermula dari stesen minyak Petron MRR2 Selayang dan berakhir di stesen minyak Petron 3.5, Gambang. 

Perjalanan selama dua hari menyelusuri tulang belakang Semenanjung itu dikuasai sepenuhnya oleh Petron Blaze 95 dengan kenderaan yang disediakan oleh syarikat kereta Euromobil Sdn Bhd, Honda Malaysia Sdn Bhd dan Perodua Sales Sdn Bhd. 

 


Konvoi yang terdiri daripada Audi A6, Audi Q3, Honda CR-V dan Perodua Myvi itu berpeluang untuk menguji kuasa dan kecekapan RON95 yang dibekalkan oleh Petron menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, sebelum memasuki jalan gunung berliku untuk menuju ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah.

Selepas berpeluang bermesra dengan gajah di sana, para media kemudian meneruskan perjalanan ke Temerloh untuk menikmati hidangan lauk tradisional patin tempoyak sebelum menyambung semula perjalanan ke Petron KM 3.5 Jalan Gambang.
 


Di sana, Petron bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Automotif dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk mengukur dan mengesahkan prestasi dan penggunaan bahan api setiap kenderaan yang mengambil bahagian. 

Dalam sesi perkongsian produk, para paserta diperkenalkan kepada Perkhidmatan Teknikal Petron yang diketuai oleh Chew Choy, Ketua Perdagangan Runcit Petron Malaysia. 

"Formula TriAction Advantage menawarkan kuasa yang lebih baik, lebih kilometer dan perlindungan enjin terbaik kerana ia mengandungi detergen, pengubah geseran dan penambahan aditif pembakaran organik.

"Detergen ini akan memastikan sistem inlet enjin sentiasa bersih, dan mampu beroperasi dengan kecekapan maksimum, dibantu dengan pengubah geseran yang mampu melindungi permukaan dinding piston dan silinder," tambah beliau. 
 


Manakala bahan organik yang terdapat pada TriAction ini mampu melengkapkan proses pembakaran, dan mengurangkan penghasilan gas yang berbahaya kepada alam sekitar. 

"Blaze 95 merupakan matlamat kami dalam menawarkan produk inovatif bagi meningkatkan pengalaman pemanduan kepada pelanggan kami, dan kami akan terus menawarkan produk bahan api dan perkhidmatan berkelas dunia kepada semua pelanggan kami.
 


Kembara tahunan Petron merupakan perjalanan jarak jauh yang eksklusif kepada para media untuk merasai sendiri pengalaman produk bertaraf dunia, dengna kembara yang pertama berlangsung pada tahun 2015 selari dengan pengenalan Blaze 97 Euro-4M Petron di seluruh negara. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kolaborasi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap kepentingan tayar pada…
Berita Domestik
Sebanyak 100 pasukan peminat pemanduan esktrem 4x4 telah cuba mengatasi halangan-halangan seperti…
Berita Domestik
  Petron mencipta sejarah melalui pelancaran petrol premium pertama 100 RON yang merupakan satu-…