HONDA Raya BILLBOARD Banner Campaign March 2024
HONDA Raya BILLBOARD Banner Campaign March 2024

Petronas, PLUS dan Petron antara 5 organisasi dipercayai rakyat Malaysia - Ipsos

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Berdasarkan kajian terbaharu oleh Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos), KWSP dan Petronas telah menjadi organisasi yang paling dipercayai rakyat Malaysia, dimana masing-masing mendapat 76 mata dan 72 mata dalam indeks kepercayaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Bersekutu Ipsos, Lars Erik Lie berkata, "tahun 2022 menyaksikan pandemik yang melanda dunia sebelum ini semakin kurang membimbangkan orang ramai."

“Kerisauan tersebut kini beralih kepada isu inflasi, kos sara hidup dan kenaikan kadar faedah yang menyebabkan peralihan kepada fasa pasca pandemik berlangsung dalam keadaan kurang lancar daripada jangkaan dan harapan pada peringkat permulaan.

“Bagaimanapun, di tengah-tengah ketidaktentuan ini, tahap kepercayaan penduduk Malaysia terhadap syarikat dan institusi didapati kekal teguh pada 2022.

 

Ipsos

 

“Sama seperti tahun sebelumnya, tahap kepercayaan kepada syarikat dan agensi-agensi pengawal selia secara khususnya kekal utuh, menyaksikan KWSP dan Petronas menduduki dua tangga teratas sebagai entiti yang paling dipercayai di Malaysia,” katanya menerusi laporan Ipsos pada Jumaat.
 
Dalam kajian yang sama, 3 nama baharu dalam senarai iaitu Nestle, PLUS dan Petron juga berada di kedudukan 5 teratas dengan masing-masing mempunyai 71 dan 70 mata dalam indeks kepercayaan.
 
Erik Lie menambah, "pemansuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan orang ramai mula keluar berjalan, sekaligus menyumbang pada peningkatan tahap interaksi antara kumpulan pengguna dan jenama-jenama seperti PLUS dan Petron.
 
Kajian kepercayaan yang dilakukan oleh Ipsos telah melibatkan lebih 6,000 responden melalui temu bual dari seluruh negara.
 
 
Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam tinjauan yang melibatkan kira-kira 4,000 orang rakyat Malaysia itu dibuat berdasarkan 100…