Petron Malaysia sambut ulang tahun ke-10

oleh Mohamad Hanif|
Petron Malaysia bakal menyambut ulang tahun yang ke-10 pada 2 April 2022 ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ramon S. Ang selaku Pengerusi Petron Malaysia berkata, "Bermula dengan permulaan yang sederhana, kami amat berbangga dengan prestasi Petron Malaysia sebagai salah satu syarikat minyak terkemuka negara.

"Sejak hari pertama, Petron Malaysia kekal komited dalam mengambil peluang baharu, bercita-cita ke arah kecemerlangan dan berjaya menempuhi cabaran terkini bersama-sama.

"Kami amat berterima kasih kepada pelanggan, pekerja, rakan kongsi dan pihak berkepentingan yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan luar biasa ini," jelasnya lagi.
 

Petron


Petron MRR2 Selayang merupakan stesen minyak pertama dibuka oleh Petron Malaysia dan sejak itu, terdapat hampir 200 buah stesen minyak yang baharu telah dibina oleh Petron di seluruh negara.

Petron Malaysia juga kini mempunyai dua kemudahan yang terletak di Kilang Penapisan Port Dickson, iaitu Unit Diesel Hydrotreater berkeupayaan menghasilkan diesel dengan kandungan sulfur rendah untuk memenuhi piawaian Euro 5, manakala Kemudahan Import Marin 2 pula mampu memenuhi keperluan kapal yang lebih besar bagi mengurangkan kekerapan import.
 

Petron


Petron juga turut mempunyai kilang metil ester sawit dengan kemudahan pengeluaran biodiesel bagi memastikan bekalan diesel yang lebih bersih untuk kegunaan negara, malah kilang PME Lumut baru-baru ini dianugerahkan sebagai Naib Johan dalam Anugerah Tenaga Negara di bawah kategori Tenaga Boleh Diperbaharui - Biofuel.

Sepanjang musim pandemik dan musim banjir, Petron telah bekerjasama dengan pelbagai entiti swasta termasuklah MERCY dan Uncle Kentang dalam menggerakkan sumbangan kepada pihak yang kurang bernasib baik.

Sebagai tanda penghargaan, Petron melancarkan sambutan TENtu Happy di stesen minyak Petron di seluruh negara pada 2 April 2022 bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Hari Penghargaan Pelanggan juga akan diadakan di stesen minyak terpilih sepanjang tahun 2022, di mana maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman Facebook dan Instagram Petron Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program yang berlangsung di stesen minyak Petron terpilih itu diadakan untuk memberi kesedaran…
Berita Domestik
Petron bekerjasama dengan syarikat platform kitar semula, Klean Malaysia untuk menggalakkan lebih…
Berita Domestik
Kerjasama tersebut termasuk pemuliharaan biodiversiti dan ekonomi kitaran, dengan meneruskan…