Terbaharu, Gran Turismo menyediakan kemaskini 1.43 yang sedia untuk dimuat turun, menampilkan tiga buah kereta baharu termasuklah sebuah Lancer Evolution IX MR GSR!

Sedan pantas Lancer Evolution IX MR GSR dilancarkan pada tahun 2006 seiring dengan pengenalan model wagon Evo IX.
MR merupakan singkatan kepada Mitsubishi Racing, dan ini merupakan model kedua yang membawakan jenama MR selepas model Lancer Evo VIII MR dilancarkan pada Februari 2004.
Mengikut spesifikasi, ia mengekalkan nadi 4G63T yang mampu menjana kuasa setinggi 280 PS dan 400 Nm, dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Ciri lain termasuklah penggunaan gegelung Eibach yang digandingkan dengan penyerap hentak Bilstein, jarak lega bumi lebih rendah 10 mm, rim aluminium Enkei 17 inci, tempat duduk bucket penuh Recaro balutan Alcantara dan kulit, serta kemasan warna hitam piano papan pemuka.
Selain daripada Lancer Evo IX MR GSR, Gran Turismo 7 Update 1.43 turut menyediakan dua buah kereta baharu, iaitu Audi TTS Coupe 2009, serta sebuah model klasik Renault R4 GTL 1985.
Dalam menu World Circuit, terdapat tambahan acara perlumbaan yang disediakan, iaitu Sunday Cup Classic (Tsukuba Circuit), Japanese Clubman Cup 550 (Laguna Seca) dan European Clubman Cup 600 (Tsukuba Circuit).
Mitsubishi Lancer Evolution IX MR GSR 2006