Kelibat Kona EV facelift dikesan di Ara Damansara

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Careta telah melaporkan kehadiran sebuah lagi model kenderaan elektrik yang bakal dilancarkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors, iaitu Hyundai Kona EV facelift menjelang suku keempat tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran gambar intip yang berjaya diperoleh Adi Azri Ari menerusi laman Facebook-nya, menunjukkan kelibat dua buah Hyundai Kona EV di stesen minyak Petronas Ara Damansara siang tadi.
 

Kona


Berdasarkan penampilan, Hyundai Kona EV ternyata berbeza berbanding penawaran Kona sedia ada, seperti rekaan hadapan yang kosong tanpa sebarang gril, di mana ia kini menempatkan slot pengecasan di bahagian tersebut.

Berdasarkan penawaran di pasaran global, Hyundai Kona Electric boleh didapati dengan motor elektrik tunggal 136 PS, atau output yang lebih berkuasa 204 PS dengan daya kilas 395 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat untuk versi yang lebih berkuasa.
 

Kona EV


Pek bateri pula ditawarkan dalam kapasiti 39.2 kWh yang membenarkan jarak pemanduan sejauh 305 km, sementara pek bateri yang lebih besar 64 kWh pula menawarkan operasi sejauh 484 km - kedua-dua mengikut data WLTP.

Hyundai Kona EV menyokong pengecasan pantas DC 50 kW di mana pengecasan 10 peratus hingga 80 peratus boleh diselesaikan dalam masa 48 minit untuk model 39.2 kWh, atau 64 minit untuk versi 64 kWh.
 

Kona EV


Apa yang menjadi persoalan pada ketika ini adalah harga jualan yang bakal ditawarkan oleh pihak Hyundai-Sime Darby Motors untuk Kona EV.

Sebagai makluman, Nissan LEAF yang dilancarkan pada tahun 2019 memiliki tanda harga sekitar RM189 ribu, sementara MINI Cooper SE yang dilancarkan Jun lalu memiliki tanda harga sekitar RM217 ribu.

Sumber: FB Adi Azri Ari

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Malah, baru-baru ini laman Facebook Hyundai Malaysia turut memuatnaik sebuah video ringkas…
Berita Global
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Hyundai Kona N didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo yang…
Berita Global
Namun, sebilangan pemilik Hyundai Kona EV tidak begitu gembira dengan cara Hyundai mengendalikan…