Pemilik Kona EV tidak gembira cara Hyundai kendali kempen recall

oleh Mohamad Hanif|
Susulan kes kebakaran bateri melibatkan model kereta elektrik Hyundai Kona EV, pengeluar Korea Selatan itu telah pun mengumumkan kempen panggil semula bagi menggantikan unit bateri yang dimaksudkan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sebilangan pemilik Hyundai Kona EV tidak begitu gembira dengan cara Hyundai mengendalikan isu tersebut.

Menurut laporan daripada Reuters, faktor utama yang menyebabkan ketidakpuasan itu adalah disebabkan masalah komunikasi yang kurang jelas dan tidak begitu membantu.

Seorang pemilik yang hanya mahu dikenali dengan nama Kim berkata, "apabila saya bertanyakan pusat pengedar Hyundai bilakah kereta saya akan dibaiki, mereka sekadar memberitahu nama saya sudah pun berada di dalam senarai menunggu, namun tiada tarikh sebenar diberitahu.

Seorang lagi pemilik, Lee berkata mendakwa kemaskini perisian yang diberikan telah mengurangkan kapasiti pengecasan bateri EV tersebut, dan mengalami masalah sukar untuk mengecas kenderaan beliau di pusat pengecasan umum.

Di dalam kes Lee, beliau berkata tidak akan membeli kenderaan Hyundai lagi pada masa akan datang, dan nada beliau dipersetujui oleh Kim.

"Terdapat kurang opsyen ketika saya membeli Kona EV pada tahun 2018, namun kini sudah pun terdapat pelbagai model kereta elektrik, saya fikir tidak akan kembali kepada Hyundai," Kim memberitahu Reuters.

Jika masalah ini berterusan, ia berkemungkinan besar akan menyebabkan Hyundai kehilangan sebilangan besar pelanggan berpotensi memandangkan Hyundai sendiri baharu sahaja melancarkan EV baharu, Ioniq 5 dan melabur dalam jumlah yang besar di dalam platform EV.


Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…