Hyundai Kona N - crossover prestasi tinggi pertama dari divisyen N

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Kona N secara rasmi telah diperlihatkan di peringkat global, merangkap model crossover N yang pertama dikhususkan untuk menarik lebih ramai golongan mendekati jenama pantas itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Hyundai Kona N didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo yang berupaya menghasilkan 276 kuasa kuda dan 392 Nm daya kilas, di mana ia boleh dipertingkatkan kepada 286 hp dengan menggunakan fungsi N Grin Shift.

Enjin tersebut digandingkan dengan transmisi DCT lapan nisbah kelajuan, dan membolehkan crossover N ini memecut sepantas 5.5 saat dari 0-100 km/j dengan menggunakan fungsi Launch Control.

 


Kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 240 km/j.

Sebagai sebuah crossover pantas, Kona N didatangkan dengan beberapa fungsi seperti N Grin Shift yang disebutkan itu tadi memberikan boost kepada prestasi enjin dan transmisi selama 20 saat, sementara fungsi N Power SHift pula mengaktifkan pecutan pantas serta memaksimumkan daya kilas ketika penukaran gear yang lebih tinggi.

Sementara fungsi N Sense Shift pula mengoptimasikan penukaran gear dan pemasaan penukaran untuk pemanduan yang lebih sporti.

 


Aspek pengendalian turut mendapat bantuan daripada penggunaan LSD elektronik, sistem ekzos berbilang mod, struktur casis diperkukuh, sistem brek berprestasi tinggi serta rim forged bersaiz 19 inci yang menaikkan seri rupa luaran Kona N.

Jika dibandingkan dengan Kona N Line, Kona N mendapat komponen gril yang unik, aksen berwarna merah, skirt sisi, spoiler hadapan, fender flare dengan warna badan, serta penampilan lencana N.

Di bahagian belakang, Kona N mendapat unit lampu brek ketiga berbentuk segi tiga, spoiler sayap berkembar yang bertindak meningkatkan daya turun, serta diakhiri dengan dua tip ekzos yang cukup besar.

 


Sementara ruang dalaman pula menempatkan roda stereng sports spesifik N yang menampilkan penambahan butang fungsi berwarna biru, sistem paparan head-up, sistem paparan kluster instrumen dan skrin infotainmen bersaiz 10 inci yang dilengkapi dengan peta litar dan sistem penjaga masa.

Selain daripada itu, terdapat pedal aloi, tempat duduk berjenama N, serta penawaran aksen Performance Blue sebagai ganti kepada aksen merah yang digunakan pada Kona N Line.

Sebagai SUV pantas, Kona N juga turut mendapat sistem bantuan pemandu termasuklah bantuan pengelakan pelanggaran hadapan, bantuan kekal laluan, bantuan mengikut laluan, kawalan jelajah pintar, pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, serta amaran keluar dengan selamat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…
Berita Global
Sebut pasal Nurburgring, Hyundai baru-baru ini telah memuatnaik sebuah video teaser ringkas yang…
Berita Global
Ia sekaligus menjadi crossover prestasi pertama yang ditawarkan oleh Hyundai pada ketika ini.…