Kekurangan sumber semikonduktor, Audi terpaksa 'rehatkan' 10,000 pekerja!

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan sumber semikonduktor di peringkat global kini memaksa Audi untuk merehatkan seketika kira-kira 10,000 tenaga pekerja, selain melewatkan produksi sesetengah kenderaan di kilang mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan, Audi telah menggunakan sistem jadual waktu kerja singkat di kilang Ingolstadt dan Neckarsulm sehingga 29 Januari ini, dan ini akan memberikan impak kepada produksi model A4 dan A5.

Bercakap kepada The Financial Times hujung minggu lalu, ketua eksekutif Markus Duesmann menjelaskan, secara keseluruhannya output produksi tidak akan terjejas memandangkan mereka akan melakukan sesuatu pada separuh kedua tahun 2021.

Beliau turut menambah, Audi akan melakukan apa yang termampu untuk memastikan angka produksi di bawah 10,000 unit untuk suku pertama 2021.

Selain daripada Audi, terdapat beberapa pengeluar di seluruh dunia turut terjejas akibat masalah kekurangan bekalan semikonduktor, seperti contoh Ford, Fiat Chrysler Automobiles, Toyota, Subaru dan Volkswagen di Amerika Syarikat.

 


Sementara itu, di sesetengah pasaran, VW, Nissan, Ford, Honda, dan Daimler perlu menyusun semula jadual produksi kenderaan mereka bagi menampung kekurangan bekalan yang dialami.

Dalam satu laporan yang berbeza, Car and Driver telah memetik penjelasan daripada penganalisis Gartner, Gaurav Gupra berhubung masalah yang melanda dunia pada ketika ini.

Menurut Gaurav, pada musim bunga, permintaan terhadap kenderaan menurun dan pengeluar telah mengurangkan permintaan terhadap mikrocip.

Dalam masa yang sama, permintaan terhadap konsol permainan seperti Playstation 5, Xbox Seriex X dan komputer melonjak naik akibat peningkatan individu yang bekerja dari rumah, sekaligus mengakibatkan masalah kekurangan bekalan di seluruh dunia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Berita Global
Menurut Reuters, pengurangan produksi tersebut dijangka sebanyak 20 peratus pada bulan April,…
Berita Global
Ini bermakna, Toyota tidak dapat meneruskan operasi secara normal pada bulan Disember seperti yang…