Masalah bekalan, Toyota kurangkan produksi di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Bermula suku kedua 2022, Toyota dilapor akan mengurangkan kapasiti produksi di Jepun sebagai salah satu cara bagi menangani masalah kekurangan bekalan komponen, termasuk cip semikonduktor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Reuters, pengurangan produksi tersebut dijangka sebanyak 20 peratus pada bulan April, diikuti 10 peratus pada bulan Mei dan lima peratus pada bulan Jun.

Perancangan ini juga bertujuan untuk mengurangkan beban yang dihadapi oleh sesetengah syarikat pembekal yang terpaksa berdepan dengan beberapa perubahan pelan produksi disebabkan oleh kekurangan bekalan itu tadi.

Namun begitu, Toyota berkata sasaran produksi untuk suku kedua tahun ini kekal tinggi disebabkan perancangan terdahulu yang mahu menampung kembali angka produksi yang terjejas akibat krisis yang melanda dunia tempoh hari.

Selagi bekalan cip masih tersedia, Toyota merancang untuk menghasilkan kira-kira 11 juta unit kenderaan sepanjang tahun 2022.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Berita Global
Ini bermakna, Toyota tidak dapat meneruskan operasi secara normal pada bulan Disember seperti yang…
Berita Domestik
Sehingga kini, pengeluar cip semikonduktor di Malaysia masih lagi sukar untuk memenuhi kadar…