
Walaupun dari syarikat sama kedua-duanya tampil dengan identiti sendiri dan tugas pengeluaran dibuat Mitsubishi Motors di Okayama, Jepun.
Model itu menyambut ulang tahun pertama selepas dikeluarkan pada 20 Mei 2022 dan jumlahnya telah mencecah 50,000 unit!
Sakura dan eK X EV dibekalkan bateri 20 kilowat jam (kWj) dan motor elektrik tunggal yang menghasilkan 63 kuasa kuda (hp) dan tork 195Nm.
Jarak pandu sejauh 180 kilometer (WLTC) dan tempoh pengecasan memerlukan lapan jam menggunakan pengecas standard.

Kedua-dua model telah memenangi banyak anugerah seperti Car of the Year Jepun 2023, Car of the Year RJC dan Japan Automotive Hall of Fame (JAHFA) Car of the Year.
Nissan dan Mitsubishi Motors sebenarnya telah lama bekerjasama dengan NMKV ditubuhkan pada 1 Jun 2011 dan masing-masing mempunyai pegangan 50/50.
Kerjasama itu menghasilkan Nissan DAYZ, ROOX, Mitsubishi eK wagon, eK space dan eK X.
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Foto: Nissan dan Mitsubishi
