Kecurian di MotoGP: tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan

oleh SALINA JALIL|
Tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan polis awal pagi Ahad bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian peralatan bernilai lebih RM200,000 yang berlaku di MotoGP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, tangkapan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dibuat kira-kira jam 1 pagi Ahad.

 

"Permohonan reman akan dibuat terhadap ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


"Kita masih menjalankan siasatan sebelum mengesahkan sama ada ketiga-tiga pekerja keselamatan itu terlibat atau tidak kerana semasa kejadian berlaku mereka sedang bertugas di sekitar lokasi. Polis juga sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi," katanya lagi.

 

Beliau berkata, kejadian curi itu dilaporkan berlaku pada awal pagi Jumaat lalu dan kawasan itu adalah di bawah tanggungjawab syarikat keselamatan yang dilantik oleh pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

 

Katanya, kawasan itu adalah di luar kawasan rondaan polis.

 

"Selepas kejadian itu pihak SIC telah mempertingkat kawalan keselamatan di kawasan tanggungjawab mereka," katanya.

 

Terdahulu, polis mengesahkan menerima satu laporan daripada Ketua Bahagian Keselamatan SIC kira-kira jam 12.22 tengah malam Sabtu.

 

Antara komponen yang dicuri adalah termasuk set lengkap penyerap hentak, angkup dan cakera brek, komputer riba, alat bengkel dan pemanas tayar.

 

Pengurus pasukan Angel Nieto, Gino Borsoi berkata, spring untuk fork dan penyerap hentak belakang turut dicuri.

 

 

Sumber: Sinar Harian


 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…