Kebanjiran jenama China akan beri impak pada jualan - Bermaz Auto

oleh HEZERI SAMSURI|
Bermaz Auto semalam berkata walaupun ia mencatatkan peningkatan pedapatan dan keuntungan untuk tahun kewangan 2024, prestasi perniagaan tahun kewangan yang akan berakhir pada 30 April, 2025 dilihat sebagai mencabar.

Pengedar rasmi jenama Mazda dan Kia di Malaysia itu yakin bahawa akan ada peningkatan dari segi jualan tetapi pada kadar yang perlahan disebabkan tekanan inflasi, konflik geopolitik yang kurang menentu dan perkembangan perniagaan global yang keseluruhannya melemah dan memberi kesan kepada ekonomi tempatan.

Selain dari itu, Bermaz Auto juga berkata kemasukan jenama-jenama baharu dari China turut akan memberi impak negatif kepada jualan kenderaan mereka.

Laporan Bermaz Auto kepada Bursa Malaysia turut menyatakan bahawa pelancaran model baharu atau facelift untuk jenama-jenama mereka yang sedia ada atau yang akan datang sangat bergantung kepada sentimen pasaran dan keadaan ekonomi.


 

 

Bermaz Auto dijangka akan memperkenalkan beberapa model dan varian baharu dari Mazda dan Kia, selain dari melancarkan jenama kenderaan elektrik dari China.

Untuk suku keempat tahun kewangan 2024, Bermaz Auto mencatatkan hasil perdapatan yang lebih rendah pada RM937.5 juta berbanding dengan suku keempat sebelum ini pada RM1.07 billion.

Penurunan itu berpunca dari jualan tempatan yang merosot dari jenama Mazda dan Kia.

Untung bersih syarikat tersebut juga menurun dari RM100.62 juta pada suku keempat tahun lalu kepada RM90.22 juta pada julat waktu yang sama bagi tahun ini.

Walaubagaimanapun secara keseluruhan, Bermaz Auto sebenarnya mencatatkan peningkatan dalam pendapatan dan keuntungan bersih akibat kadar eksport yang meningkat dari syarikat bersekutunya, Kia Malaysia Sdn Bhd. 

Laporan penuh di The Star.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat pengedar kereta itu berkata pertumbuhan…
Model Terbaharu
Varian 1.5L Plus dan 2.0L Plus baharu kini telah dipertingkatkan dengan penambahbaikan…
Berita Domestik
159 graduan itu merangkumi pelajar daripada tiga program latihan teknikal yang berbeza, di mana 43…