Bermaz Auto rekod untung lebih besar, meningkat kepada RM90.1 juta

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Bermaz Auto Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2023 yang meningkat kepada RM90.1 juta daripada RM65.67 juta bagi tempoh sama, setahun lalu.

Perolehan hasil bagi suku di bawah kajian itu turut melonjak kepada RM1.01 bilion daripada RM782.97 juta sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh operasi domestik Mazda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat pengedar kereta itu berkata pertumbuhan hasil itu terutamanya daripada model pemasangan tempatan CX-30 yang mencatat jualan lebih tinggi sejak dilancarkan pada Mac 2023.

"Sebahagian daripada peningkatan itu bagaimanapun diimbangi oleh penurunan jualan operasi Peugeot dalam tempoh di bawah kajian berkenaan," katanya.

Sementara itu, bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 April 2024, keuntungan bersih Bermaz melonjak kepada RM190.32 juta daripada RM115.83 juta manakala perolehan hasil turut meningkat kepada RM2.10 bilion daripada RM1.50 bilion sebelumnya.

Bagi prospeknya, Bermaz berkata pelancaran model baharu dan yang dipertingkat daripada kenderaan kumpulan, masih banyak bergantung kepada sentimen pasaran serta keadaan ekonomi.

"Sektor automotif terus mencatat pertumbuhan pada kadar lebih perlahan berikutan penambahbaikan dalam rantaian bekalan serta penghantaran kenderaan.

"Selain itu, langkah-langkah berkaitan inflasi, ketidaktentuan dalam konflik geopolitik serta pertumbuhan global yang lebih rendah akan terus memberi kesan sebaliknya terhadap ekonomi secara menyeluruh," katanya.

Berikutan itu, pihaknya menjangkakan prestasi Bermaz bagi tahun kewangan 2024 adalah kekal positif.

Pihak Lembaga Pengarah telah meluluskan dan mengumumkan dividen interim kedua satu peringkat sebanyak 5.00 sen sesaham bagi tahun kewangan 2024 yang akan dibayar pada 5 Januari 2024.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Varian 1.5L Plus dan 2.0L Plus baharu kini telah dipertingkatkan dengan penambahbaikan…
Berita Domestik
159 graduan itu merangkumi pelajar daripada tiga program latihan teknikal yang berbeza, di mana 43…
Berita Domestik
Pameran oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) itu akan dianjurkan bermula…