Mazda CX-3 terima kemas kini untuk varian 1.5L Plus & 2.0L Plus - Harga dari RM115,720

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bermaz Motor hari ini turut mengumumkan kemas kini bagi dua varian SUV segmen B nya iaitu Mazda CX-3 1.5L Plus dan 2.0L Plus dengan penambahan ciri baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Varian 1.5L Plus dan 2.0L Plus baharu kini telah dipertingkatkan dengan penambahbaikan ketersambungan dan ciri baharu yang didatangkan standard.

Pada bahagian luaran, CX-3 1.5L Plus dan 2.0L Plus kini dilengkapi dengan lampu depan LED, lampu nyalaan siang (DRL) LED, Autofold Outer Rearview Mirrors dan Rear Parking Sensors, serta tambahan rekaan roda aloi baharu untuk varian 2.0L High.

 

2

 

Pada bahagian dalaman pula, ia kini dilengkapi dengan paddle shifter dan fungsi sambungan Apple Carplay tanpa wayar, yang boleh diakses melalui paparan infotainmen Mazda Connect 8 inci baharu.

Dari segi keselamatan pula, selain didatangkan standard bersama ciri keselamatan i-Activsense, ia turut dilengkapi dengan 4 beg udara tambahan menjadikan 6 jumlah keseluruhan, di mana sebelum ini hanya ditawarkan untuk varian 2.0L High.

Dari segi kuasa, varian dengan nadi 1.5 liter menghasilkan 114 HP dan 149 Nm, manakala varian dengan nadi 2.0 liter menghasilkan 154 HP dan 206 Nm, di mana kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

 

3

 

Untuk pasaran Malaysia, Mazda CX-3 ditawarkan dengan 7 warna, iaitu Snowflake White Pearl, Jet Black, Machine Grey, Polymetal Grey, Soul Red Crystal, Platinum Quartz (2.0L High variant sahaja) dan warna baharu Aero Grey.

Hadir sebagai unit CBU dari Thailand, Mazda CX-3 2023 ditawarkan dengan harga bermula dari RM 115,720.00 untuk varian 1.5L Plus, RM126,159 untuk varian 2.0L Plus dan RM139,159 untuk varian 2.0L High.

Kini dibuka untuk tempahan bersama Mazda 2, ia turut dilengkapi dengan Waranti Pengeluar 5 tahun dan Penyelenggaraan Percuma 5 tahun atau perbatuan 100,000km, yang mana dahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat pengedar kereta itu berkata pertumbuhan…
Berita Domestik
159 graduan itu merangkumi pelajar daripada tiga program latihan teknikal yang berbeza, di mana 43…
Berita Domestik
Pameran oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) itu akan dianjurkan bermula…