Siri grafik terbaharu ini boleh didapati pada model Kawasaki Ninja 1000 di Jepun bermula 1 Ogos ini.
Kawasaki Ninja 1000 merupakan sebuah motosikal sports touring yang menggabungkan konsep prestasi dan keselesaan pada masa yang sama dengan imej tajam yang melambangkan keluarga besar Ninja di dalam Kawasaki.
Ia dijual di Jepun pada tanda harga bermula dari 1.18 juta yen (RM43k++ jika mengikut kadar pertukaran wang semasa).
Di Malaysia, Kawasaki Ninja 1000 dijual pada harga sekitar RM87,800 sahaja.
Sumber: Response.jp