KAWASAKI ALL-STAR PERTAMA RASMI DIBUKA DI SARAWAK

oleh Firdaus Razani|
Anak syarikat milik penuh MODENAS, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) baru-baru ini secara rasmi melancarkan pusat 4S ketiganya iaitu Kawasaki Kuching, di Kuching, Sarawak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kawasaki Kuching tersebut merupakan pusat 4S di bawah pengurusan Ghee Hua Co Sdn Bhd yang bakal mempersembahkan keseluruhan pilihan model motosikal Kawasaki di pusat pameran itu.

Pembukaan pusat 4S itu menandakan Kawasaki Kuching menjadi Pengedar All-Star pertama di Malaysia Timur yang bakal membawa perkongsian strategik antara Ghee Hua dan EMOS serta MODENAS ke peringkat seterusnya.

 

KAWASAKI

 

Cawangan itu dilancarkan oleh Pengarah Kawasaki Kuching dan Ghee Hua Group, Law Kin Hin dan Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS Roslan Roskan dan disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abd Karim Rahman Hamzah.

Selain daripada acara perasmian pusat 4S tersebut, acara ini turut selaras dengan sambutan 40 tahun kewujuda Kawasaki Ninja yang disaksikan kira-kira 700 orang dan menampilkan aktiviti menarik seperti pertunjukan permotoran, aktiviti kebudayaan Sarawak serta hidangan masakan tempatan Sarawak.

 

KAWASAKI

 

Selain dari menjadi pengedar rasmi Kawasaki di Kuching, pusat 4S ini turut memenuhi bangunan dua tingkat itu dengan pelbagai jualan aksesori seperti pakaian, jaket, sarung tangan, ekzos serta barangan keperluan motosikal lain.

Sedikit latar belakang Syarikat Ghee Hua ialah, ia mulanya mereka menjual basikal pada tahun 1968 dan kemudian berkembang menjual motosikal pada tahun 1970.

 

KAWASAKI

 

Sebelum menjadi Pengedar Kawasaki All-Star, Ghee Hua telah menjadi rakan kongsi MODENAS sejak Ogos 2000 di wilayah Kuching dan kini, syarikat itu telah bersama jenama Kawasaki sejak 2021 apabila EMOS menjadi pengedar rasmi Kawasaki.

 

KAWASAKI

 

Oleh itu, ia diiktiraf menjadi antara 10 pengedar pertama yang dilantik sebagai Pengedar Kawasaki All-Star rasmi dan menjadi pusat 4S eksklusif di Malaysia Timur.

Dengan penubuhan Kawasaki Kuching, EMOS menjangkakan pasaran yang rancak untuk kedua-dua motosikal jenama Kawasaki dan MODENAS di Sabah dan Sarawak untuk akan datang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…