Kapal selam KRI Nanggala 402 - harapan semakin suram

oleh HEZERI SAMSURI|
Pagi ini seluruh umat dunia bersedih kerana terpaksa menerima hakikat bahawa bekalan oksigen untuk kapal selam KRI Nanggala 402 kemungkinan besar sudah habis.

Kapal selam tersebut mempunyai kapasiti untuk membekalkan oksigen selama 72 jam, tetapi tempoh itu tamat pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malaysia sudah menghantar kapal penyelamat kapal selamnya, MV Mega Bakti untuk membantu usaha pencarian dan akan tiba di Bali esok.

Australia sudah menghantar sebuah kapal frigate dengan kelengkapan sonar dan juga sebuah helikopter untuk tujuan yang sama.

Amerika Syarikat pula menghantar sebuah kapal terbang P-8 Poseidon untuk membantu usaha yang sama sementara sebuah kapal yang khusus untuk misi menyelamat kapal selam sedang dalam perjalanan dari India.

Secara rasmi, Nanggala 402 beroperasi pada kedalaman 250 m tetapi ia mampu bertahan sehingga kedalaman 500 m. Ia dikesan pada awalanya berada pada kedalaman antara 600 ke 700 m. Lautan Bali di mana lokasi tempat latihan Nanggala-402 berada mempunyai kedalaman sehingga 1,500 m.

Nanggala 402 membawa seramai 53 anak kapal dan antaranya ialah komander kapal selam Indonesia, Harry Setiawan.

* Laporan dari Reuters. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kejadian tragik itu telah mengorbankan lima mangsa termasuk salah seorang pengasas syarikat…
Berita Domestik
Kontrak pertama melibatkan kontrak sokongan perkhidmatan interim (ISS) bagi kapal selam Kelas…
Berita Global
Difahamkan, kerja-kerja pembinaan kapal selam S-26T tersebut sudah hampir siap sepenuhnya, namun…