Kancil 'drive thru' lapangan terbang Sultan Mahmud

oleh Mohamad Hanif|
Suasana di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bertukar panik seketika selepas seorang wanita dengan selamba memandu ke dalam kawasan bangunan tingkat satu lapangan terbang berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Rabu, kakitangan LTSM dan orang awam yang berada dalam kawasan terkejut dengan kehadiran kereta yang bergerak di dalam bangunan itu.

Wanita berusia 55 tahun itu dikatakan mengalami stres dan memandu sehingga masuk ke kawasan bangunan LTSM.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah ketika dihubungi Astro AWANI berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.36 petang berhubung insiden itu.Katanya, seramai empat anggota bersama sebuah ambulans bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya wanita berkenaan bertindak meluru masuk ke dalam ambulans Angkatan Pertahanan Awam sebaik ternampak kenderaan jabatan itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian.

Katanya siasatan lanjut berhubung insiden itu masih dijalankan.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata siasatan awal…
Berita Domestik
  “Pemilik melihat kereta terbabit mula mengeluarkan asap dari dalam dan mendapati ‘power bank’…
Berita Domestik
Masa terbaik yang dicatatkan oleh pasukan ini adalah 3:07 dan dalam masa 24 jam dan berjaya membuat…