Kanak-kanak autisme pandu kereta bersendirian, bapa disaman

oleh Penyumbang Rencana|
Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang memandu sebuah kenderaan secara bersendirian di bandar Sibu telah dikenakan tindakan saman oleh polis.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan kira-kira 6.50 petang Rabu.

Beliau berkata kanak-kanak itu dan ibu bapanya dibawa ke Pejabat Trafik Polis Sibu untuk siasatan.

“Hasil siasatan mendapati pemandu kereta tersebut iaitu kanak-kanak lelaki berkenaan menghidap autisme dan mempunyai rekod perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sibu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya polis mendapat maklumat berhubung video berdurasi 30 saat yang tular di laman sosial kira-kira 3 petang semalam, menunjukkan kanak-kanak berkenaan memandu kereta secara bersendirian di Jalan Kampung Nyabor di Sibu.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…
Berita Global
Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds. "Insiden ini…
Berita Domestik
  "Terdapat undang-undang sedia ada, apa pun denda yang dibenarkan di bawah undang-undang semasa,…