Kajian: Android Auto, Apple CarPlay lebih bahaya berbanding arak

oleh Mohamad Hanif|
Ciri sambungan kepada peranti pintar seperti Android Auto dan Apple CarPlay kini bukanlah satu perkara opsyen, ia kini telah menjadi satu kelengkapan wajib yang perlu ada untuk sesebuah kenderaan moden.

Tujuan utamanya adalah untuk meminimumkan tahap gangguan tumpuan terhadap pemanduan selain memudahkan pemandu menggunakan aplikasi kegemaran di dalam sistem infotainmen kenderaan mereka.

Namun, tahukah anda, penggunaan aplikasi seperti Android Auto dan Apple CarPlay sebenarnya lebih berbahaya berbanding pemandu mabuk?

Berdasarkan kajian terbaharu yang dibuat oleh IAM RoadSmart, organisasi keselamatan UK itu mendapati antaramuka yang disediakan oleh Apple CarPlay dan Android Auto sebenarnya mmampu melekakan pemandu melebihi had masa yang dibenarkan.

Malah, dalam satu ujian yang dijalankan pada kelajuan 112 km/j, apabila pemandu mengalihkan pandangan 16 saat untuk menggunakan sistem tersebut, ia diterjemahkan kepada pemanduan sejauh lebih 500 meter tanpa tumpuan yang sepatutnya!

 


Kajian itu turut mendapati pemandu mabuk mempunyai masa reaksi yang lebih perlahan iaitu sekitar 12 peratus, diikuti pengguna ganja (21 peratus), dan pemandu yang gemar bermesej ketika memandu (35 peratus).

Membuat panggilan ketika memandu juga turut menambah masa reaksi kepada 46 peratus, diikuti dengan penggunaan Android Auto (53 peratus) dan Apple CarPlay (57 peratus).

Lebih mengejutkan, penggunaan sistem pengecaman suara untuk kedua-dua sistem tersebut didapati mampu menambah masa reaksi kepada 30 sehingga 36 peratus berbanding pemanduan biasa.

Untuk anda yang kurang mengerti, penambahan masa reaksi ini biasa akan memberikan kesan kepada kawalan pemanduan dan juga jarak pemberhentian sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

IAM RoadSmart juga turut mendapati, kebanyakan pemandu gagal untuk memberikan reaksi terhadap rangsangan yang berlaku di luar kenderaan ketika leka menggunakan ciri sambungan peranti pintar tersebut.

Jadi, adakah teknologi sebenarnya membantu atau membantutkan anda? Anda yang tentukan.

Sumber gambar utama: 9to5Mac
Sumber: IAM RoadSmart
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara perubahan yang dibawakan pada varian Black Edition ini termasuklah tema kemasan warna luaran…
Uncategorized
Integrasi ini membolehkan jutaan pengguna CarPlay menggunakan ciri-ciri Waze dengan lancar terus…