Ford kekalkan ciri Apple CarPlay, Android Auto untuk kereta baharu

oleh Mohamad Hanif|
Ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto sudah menjadi sebahagian daripada sistem infotainmen kereta-kereta moden masa kini.

Rasa tidak lengkap hidup tanpa kedua-dua ciri yang ternyata boleh meringkaskan dan menyenangkan urusan pemanduan seharian.

Tidak seperti General Motors yang berhasrat untuk menghentikan penawaran Apple CarPlay dan Android Auto pada model-model EV akan datang, Ford pula berpendapat sebaliknya.

Dalam satu temubual oleh The Wall Street Journal, CEO Ford Jim Farley mengesahkan pihaknya akan mengekalkan penawaran kedua-dua ciri tersebut pada kereta baharu.

Beliau berhujah, oleh kerana pada masa kini kebanyakan pihak membawa peranti pintar masing-masing ke dalam kereta, mereka mahukan sistem infohibur sebagai sebahagian daripada ekosistem peranti mereka, dan bukan sebaliknya.

Tambahnya, 70 peratus pelanggan Ford kini menggunakan peranti Apple, jadi membuang ciri tersebut daripada kereta baharu adalah langkah yang sangat tidak mera pengguna.

Fokus Ford kini adalah untuk menawarkan pengalaman Apple dan Android sebaik mungkin, ditambah pula dengan peluang penyesuaian yang meluas selain mengutamakan aspek produktiviti, keselamatan dan sekuriti.

Sumber: Wall Street Journal

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara itu dilaporkan oleh Bloomberg dan turut dipetik oleh BBC menerusi laporan bertajuk "Ford…
Berita Global
Rekaan Ambil Inspirasi Terus Dari Ford F-150 Kasut ini tampil dengan identiti F-150 yang jelas.…
Berita Global
Petunjuk Awal dari Ford Racing Menurut kenyataan rasmi, model ini digambarkan sebagai bukti…