Aplikasi Honda Driver Coaching - pupuk amalan pemanduan selamat

oleh Mohamad Hanif|
Honda telah membangunkan satu aplikasi khas bertujuan untuk memupuk amalan pemanduan yang lebih selamat, terutama untuk golongan pemandu baharu dan remaja.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Aplikasi yang dinamakan sebagai Honda Driver Coaching itu boleh mengakses sistem komputer kenderaan untuk memantau, dan menganalisa corak pemanduan semasa (termasuklah input stereng, brek, pecutan) dan memberikan tunjuk ajar dalam usaha untuk mempraktikkan cara pemanduan yang lebih selamat.

 

honda


Sesudah selesai pemanduan, aplikasi tersebut akan memberikan ringkasan analisa corak pemanduan, tips spesifik serta skor bagi memudahkan pemandu memantau tahap kemajuan pencapaian mereka.

Aplikasi ini hanya boleh dimuat turun menerusi kedai Apple App Store, dan terhad untuk beberapa model Honda dan Acura yang dilengkapi dengan Apple CarPlay, seperti berikut:

• Honda Civic (2019-2020)
• Honda Insight (2018-2022)
• Honda Accord (2018-2020, 2023 - ke atas)
• Honda HR-V (2023 ke atas)
• Honda CR-V (2020-2023)
• Honda Pilot (2023 - ke atas)
• Acura Integra (2023 - ke atas)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hello smart App ini menawarkan susunan empat tab utama untuk memudahkan urusan pengguna dan pemilik…
Berita Global
Pada mulanya, perkhidmatan penstriman hanya dihadkan pada skrin melengkung papan pemuka, dimana…
Berita Domestik
Ketika ditemubual oleh laman berita Bernama, Muhammad Khairie Danish berkata idea untuk menjual…