Jurutera GT-R percaya e-Power adalah solusi terbaik kepada masalah kekurangan infrastruktur EV

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat tidak, dunia kini semakin menerima kehadiran trenkuasa elektrik di mana sesetengah pengeluar juga sudah pun mula mengumumkan untuk berhenti menawarkan trenkuasa konvensional pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, Toyota sebelum ini memberikan amaran dunia bakal menghadapi cabaran besar jika beberapa aspek tidak diambil kira seperti contoh infrastruktur pengecasan, teknologi bateri, tahap penerimaan dan kemampuan pengguna itu sendiri.

Seperti Toyota, rakan senegaranya Nissan juga percaya masih lagi ada sinar harapan buat teknologi enjin pembakaran dalaman dan solusinya cukup diketahui umum - e-Power.

 


Naoki Nakada merupakan insan yang bertanggungjawab membangunkan trenkuasa e-Power dan turut terlibat di dalam membangunkan nadi VR38DETT V6 yang ada pada perut GT-R pada masa ini.

Menurut Nakada, "ketika kami membangunkan Nissan GT-R R35, kami bukan sekadar mengejar kelajuan, akan tetapi kepuasan menikmati pecutan yang mengujakan.

"Bagi kebanyakan pemandu GT-R, tiada perkara yang boleh dibandingkan dengan perasaan yang luar biasa ketika menggunakannya, dan sebuah EV Nissan bukan sekadar mesra alam, akan tetapi harus mempunyai perasaan pemanduan yang seronok dan mengujakan.

Dengan menggandingkan kedua-dua input daripada Nissan GT-R dan Nissan LEAF, Nakada membangunkan sebuah trenkuasa elektrik yang senyap dan responsif serta mendapat bantuan daripada enjin tradisional.

Hasilnya, trenkuasa e-Power.

 


Sistem e-Power secara ringkasnya merupakan sebuah EV dengan unit penambah jarak (range extender) di mana ia terdiri daripada motor elektrik yang menyalurkan kuasa kepada roda, dan enjin pembakaran dalaman yang bekerja mengecas bateri lithium-ion.

Namun, tidak seperti EV yang perlukan stesen pengecasan, trenkuasa e-Power hanya memerlukan bekalan petrol bagi memastikan enjin berterusan menjana tenaga yang diperlukan oleh motor elektrik.

Menurut Nakada, "sistem e-Power nampak seperti sebuah binaan yang ringkas dan mudah untuk dibangunkan, tapi sebenarnya tidak.

"Anda perlu mendapatkan keseimbangan yang baik antara penggunaan elektrik, dan penjanaan tenaga bagi memastikan masa yang tepat untuk enjin petrol beroperasi, dan dalam masa yang sama menyesuaikan kapasiti bateri kereta.

Model e-Power dilancarkan di Jepun pada tahun 2016, dan semenjak daripada itu hampir 500,000 unit model e-Power sudah pun terjual.

Nakada percaya dengan bilangan infrastruktur pengecasan yang masih belum mencukupi, e-Power merupakan alternatif terbaik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pasaran Jepun, model tersebut telah pun diberikan kemaskini facelift, dengan membawakan…
Berita Global
Generasi terbaharu X-Trail itu membawakan rekaan jeriji V-motion yang lebih moden, diikuti dengan…
Berita Global
Selain mengekalkan nadi hibrid ringan 2.0 liter MR20DD S-Hybrid (150 hp/200 Nm), Nissan Serena…