Nissan Note 2024 facelift, tampil dengan elemen V-motion moden, unsur rekaan geometri Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Generasi ketiga Nissan Note telah pun wujud di pasaran sejak tahun 2020 lagi, menggunakan asas daripada pelantar CMF-B, dan hanya boleh didapati dengan trenkuasa e-Power sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pasaran Jepun, model tersebut telah pun diberikan kemaskini facelift, dengan membawakan perubahan besar dari sudut rupa, diikuti beberapa perubahan kecil pada luar dan dalaman.

Perubahan besar yang dimaksudkan ialah pendekatan bahasa V-motion yang lebih matang dan malar segar, diikuti dengan kemasan jeriji melintang mengikut warna badan.
 

note


Nissan Note 2024 juga turut didatangkan rim 16 inci dengan rekaan geometri tradisional Jepun, sekaligus memberikan imej yang lebih unik.

Difahamkan, terdapat 14 warna luaran yang ditawarkan untuk Nissan Note, termasuklah dua warna dua tona (violet dan turqoise).

Susun atur papan pemuka Nissan Note 2024 adalah lebih kurang sama sahaja dengan model pra-facelift.
 

note


Yang membezakannya ialah corak motif mizuhiki pada panel instrumen, diikuti dengan kehadiran corak jalur menegak pada tempat duduk fabrik.

Secara standard, hatchback segmen B ini telah dilengkpai dengan unit lampu LED, ruang glovebox yang bertambah besar, sistem kekunci pintar yang kini didatangkan dengan fungsi nyahkunci/kunci secara automatik saat sistem mengesan kehadiran pemandu berdekatan.

Sistem e-Power yang dimaksudkan tadi terdiri daripada enjin tiga silinder sebaris HR12DE yang bertindak sebagai unit penjana kuasa, dibantu dengan motor elektrik tunggal (FWD) atau berkembar (AWD).
 

note


Versi pacuan dua roda mampu menghasilkan 114 hp dan 280 Nm, sementara versi AWD pula dibantu dengan motor elektrik pada gandar belakang yang mampu menjana 67 hp dan 100 Nm.

Di Jepun, Nissan Note 2024 dijual pada harga bermula dari 2,299,000 yen (RM73,480) untuk varian X 2WD, atau 2,586,000 yen (RM82,653) untuk varian X FOUR 4WD.