Nissan X-Trail e-Power 2023 mendarat di Singapura

oleh Mohamad Hanif|
Tan Chong Motor Sales selaku pengedar rasmi kenderaan Nissan di Singapura telah pun melancarkan model SUV terbaharu Nissan X-Trail e-Power, baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Generasi terbaharu X-Trail itu membawakan rekaan jeriji V-motion yang lebih moden, diikuti dengan trenkuasa hibrid generasi kedua e-Power dan sistem pacuan semua roda e-4ORCE yang menjanjikan aliran kuasa lebih lancar.

Sistem e-Power yang dimaksudkan itu tadi terdiri daripada komponen berikut:
• nadi tiga silinder sebaris KR15DDT 1.5 liter (sebagai unit penjana kuasa)
• motor elektrik berkembar (depan 204 PS/330 Nm, belakang 128 PS/195 Nm)
• bateri lithium-ion
• sistem pacuan semua roda e-4ORCE
 

xtraol


Secara keseluruhan, X-Trail e-Power ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 213 PS dengan kadar penggunaan bahan api serendah 6.7 liter untuk setiap 100 km.

Sama seperti EV tulen, Nissan X-Trail e-Power ini turut didatangkan dengan sistem e-Pedal yang menjadikan pedal pendikit sebagai pedal kawalan untuk sistem brek, atau pemanduan pedal tunggal.
 

xtrail


Ruang kabin X-Trail e-Power didatangkan dengan sistem kokpit tri-paparan, yang terdiri daripada skrin sentuh 12.3 inci, skrin paparan head-up 10.8 inci dan skrin kluster digital 12.3 inci, diikuti dengan fungsi Apple CarPlay tanpa wayar dan pengecasan telefon tanpa wayar.

Unit audio pula mendapat sistem bunyi premium Bose dengan 10 pembesar suara, dan turut dipadankan dengan teknologi pembatalan bunyi hingar aktif.

Selain itu, terdapat juga balutan upholsteri kulit hitam premium serta opsyen naik taraf balutan kulit Nappa berwarna amber untuk pengalaman yang lebih premium.
 

xtrail


Aspek keselamatan termaju turut dibawakan pada X-Trail e-Power di mana SUV tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri seperti:
• sistem amaran pelanggaran hadapan pintar
• sistem pemantauan keliling pintar dengan pengesan objek bergerak
• amaran keluar lorong
• amaran titik buta
• amaran lintasan trafik belakang
• sistem brek kecemasan
• sistem amaran tumpuan pemandu

Untuk masa terhad, Tan Chong menawarkan X-Trail e-Power dengan harga jualan bermula dari S$254,800 (RM856,068) di mana pembeli terawal boleh mendapatkan pakej menarik termasuklah cukai jalan percuma 12 bulan, baucar petrol bernilai $1,000, dan servis percuma sehingga 50,000 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…