Jualan kenderaan tenaga baharu China menurun selepas subsidi dipotong

oleh HEZERI SAMSURI|
Jualan kenderaan tenaga baharu (New Energy Vehicle - NEV) di China menurun 18.6 peratus untuk Januari tahun ini berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Negara komunis itu memotong subsidi NEV sebanyak 30 peratus bulan Januari lalu. Namun begitu, jualan NEV yang termasuk kenderaan elektrik (EV), kenderaan Plug In Hybrid dan kenderaan fuel cell hidrogen untuk bulan Januari masih mencecah 431,000 unit.

Disember 2021, jualan NEV melonjak ke 518,000 unit kerana ramai mahu membuat pembelian sebelum subsidi dipotong. Kerajaan China percaya promosi NEV untuk mengawal pencemaran udara di negara itu dan ia yakin industri automotif sudah cukup matang untuk mendorong jualan NEV atas dasar permintaan pasaran dan bukan kerana pemberian subsidi.

Tesla, satu-satunya jenama NEV asing di China masih mampu menjual sebanyak 59,845 unit kenderaan untuk Januari lalu. Ia tersenarai di dalam 10 jualan NEV tertinggi China.

Mungkin Malaysia boleh belajar dari China di mana subsidi bukan sahaja satu-satunya cara untuk mengubah permintaan kenderaan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara pelumba yang pernah memandu bersama pasukan Formula 1 Vanwall ialah Stirling Moss, Maurice…
Berita Global
Difahamkan, untuk tahun ini terdapat sehingga enam buah kenderaan elektrik (EV) yang bakal…
Berita Global
Polestar 2 2024 facelift ini menampilkan beberapa perubahan dari segi kosmetik, seperti contoh…