Jualan kenderaan Mac melonjak 49 peratus - ada sebabnya

oleh HEZERI SAMSURI|
Jualan bulanan kenderaan Malaysia untuk bulan Mac 2021 berbanding dengan bulan Februari, iaitu sebanyak 49 peratus lebih tinggi.

Perbandingan tahun ke tahun juga mendapat jualan bulan Mac 2021 adalah 33 peratus lebih tinggi dari tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan yang tinggi untuk bulan Mac itu disebabkan oleh syarikat-syarikat kenderaan yang mahu menutup tahun kewangan mereka pada 31 Mac 2021. 

Ini juga antara punca menyebabkan jualan motosikal dalam bulan Mac meningkat menjadi jualan tertinggi dalam sejarah negara (jualan motosikal tidak termasuk di dalam laporan MAA).

Punca kedua peningkatan dipercayai kerana pelancaran model-model terbaharu seperti Perodua Ativa dan sebagainya. Ini menyebabkan angka jualan melonjak terus. 

 

Perodua Ativa

 

MAA juga berpendapat perbandingan jualan yang tinggi berbanding dengan Mac 2020 adalah kerana tempoh PKP tahun lalu di mana penjualan tidak dapat dilakukan langsung.

Bagi jualan bulan April 2021 pula, MAA menjangkakan kadar jualan akan sama seperti bulan Mac kerana kkebanyakan syarikat kenderaan melakukan kempen jualan yang agresif.

Bulan Mac juga melihat angka produksi kenderaan lebih tinggi dari jualan untuk kenderaan penumpang. Ini ialah kerana Malaysia masih banyak mengimport kenderaan komersil dari luar, terutamanya dari Thailand.

Di bawah ialah carta-carta pembuatan kenderaan dan jualan bagi Mac 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Daripada jumlah 17,500 yang dicatatkan pada Ogos lalu, 15,064 unit merupakan kenderaan penumpang…
Berita Domestik
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), untuk bulan Jun dan…
Berita Domestik
  Katanya, jika situasi ini terus berlanjutan untuk tempoh sebulan lagi dan pengedar masih tidak…