Lori sampah paling bersih di dunia - Mack LR BEV kuasa elektrik!

oleh HEZERI SAMSURI|
Mack Truck dari US telah menghasilkan sebuah lori sampah berkuasa elektrik.

Pelancaran yang dibuat di Las Vegas sempena WasteExpo itu melihat trak Mack LR BEV (Battery EV) yang menggunakan trenkuasa yang mengandungi dua motor elektrik 130 kW.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kedua-dua motor elektrik itu cukup untuk menghasilkan 496 hp dan daya kilas yang menakjubkan - 5,492 Nm pada RPM sifar.

Transmisi pula ialah Mack Powershift 2-kelajuan dan Majlis Bandaraya New York akan menjadi pelanggan pertama trak EV ini.

Empat bateri NMC Lithium Ion (Lithium Nickel Maganese Cobalt Oxide) disambung kepada sistem pengecaj SAE J1772 yang mampu menerima 150kW pada kadar 200 amps.

Selain dari itu, ia juga mempunyai brek regenerative.

Kemungkinan inin ialah lori sampah yang paling bersih di dalam dunia kerana ia tidak menghasilkan sebarang pencemaran asap. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkongsian teknologi bukanlah satu perkara yang baharu, dan ia merupakan perkara biasa apabila…