JMS 2023: Toyota, Strategi multi-pathway, dan pendekatan Mobiliti Untuk Semua

oleh Mohamad Hanif|
Acara Japan Mobility Show yang berlangsung sehingga 5 November ini menyaksikan perubahan hala tuju yang dibawakan oleh Toyota.

Mereka kini lebih mahu dikenali sebagai sebuah syarikat yang menawarkan penyelesaian mobiliti untuk semua, dan dalam masa yang sama masih lagi menekankan bahawa elektrifikasi bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai neutraliti karbon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam dunia ini, teknologi untuk mencapai neutraliti karbon tidak terhad dengan kenderaan elektrik bateri (BEV) semata-mata. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan seperti:
-kenderaan plug-in hybrid (PHEV)
-kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV)
-kenderaan hibrid (HEV)
-kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE)

Apa yang paling penting ialah, tanggungjawab untuk mencapai neutraliti karbon ini tidak tertakluk kepada golongan berada semata-mata, tapi jatuh kepada semua pihak.

Ini bermakna, setiap di antara kita boleh menyumbang ke arah dunia yang lebih sihat dan bersih, tanpa perlu berbelanja besar dan menukar tabiat pemanduan yang biasa kita amalkan.
 

KL


Seperti mana terdapat pelbagai jenis trenkuasa yang wujud di atas muka bumi, baik yang 'mesra alam' mahupun cemar alam, terdapat bermacam-macam jenis status pelanggan, komuniti dan masyarakat di sekeliling kita.

Ada yang kaya sehingga mampu membeli dua tiga jenis kereta sebulan, ada yang cukup-cukup makan, dan ada yang terlalu sukar untuk bergerak sehinggakan terpaksa memerlukan bantuan kerusi roda/tongkat/motosikal roda tiga dan sebagainya.

Jadi, pelaksanaan inisiatif yang tidak sepadan dengan norma masyarakat setempat dilihat mampu memberikan impak yang tidak seimbang kepada negara.

Apatah lagi tahap penerimaan masyarakat terhadap teknologi baharu ini nyata berbeza-beza, tidak termasuk tahap ketersediaan infrastruktur, tempoh pengecasan sekiranya terlalu banyak EV atas jalan, dan kemudahan infrastruktur kepada semua pengguna.
 

careta


Disebabkan itu, strategi multi pathway yang diunjurkan oleh Toyota tidak tertakluk kepada golongan T20 semata-mata, malah orang kebanyakan seperti kita juga sebenarnya boleh menyumbang ke arah neutraliti karbon menjelang 2050.

Cabaran untuk mencapai neutraliti karbon juga sangat mencabar, terutama di Asia di mana ia mempunyai demografik pengguna yang sangat meluas, dan berbeza dari negara dengan negara yang lain.

Tidak seperti pengeluar lain, Toyota berpendapat pendekatan yang lebih meluas adalah diperlukan untuk mencapai matlamat utama, iaitu neutraliti karbon menjelang 2050.

Harus diingat, tiada satu solusi/penyelesaian yang khusus sesuai untuk semua, disebabkan perbezaan demografik pengguna untuk setiap negara di ASEAN.
 

cc


Seperti contoh, kereta seperti PHEV dan BEV mungkin lebih sesuai dilaksanakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Singapura dan Bangkok.

Namun untuk mereka yang duduk di kawasan yang kurang infrastruktur tersedia, kereta hibrid konvensional (Corolla Cross Hybrid) mungkin lebih sesuai digunakan tanpa memerlukan perubahan tabiat pemanduan yang ketara.

Sementara penggunaan bahan api bio seperti gas biometana mungkin lebih sesuai digunakan di India.

Mobiliti untuk semua tidak terhad kepada kereta semata-mata, malah Toyota sebagai syarikat mobiliti mahukan penyelesaian neutraliti karbon boleh dinikmati oleh semua orang.

Di Japan Mobility Show, Toyota ada memperlihatkan beberapa buah model konsep yang sangat menarik perhatian dan dilihat mampu menawarkan penyelesaian yang diperlukan oleh semua pihak.
 

Toyota



Salah satu daripadanya ialah trak pikap IMV 0 yang sangat versatil dan sangat sesuai untuk diubah mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.

Menurut Koji Sato, Presiden dan CEO Toyota dalam ucapannya di majlis pembukaan Japan Mobility Show, Toyota IMV 0 bakal dilancarkan untuk pasaran Asia dalam masa terdekat.

Sebuah lagi model konsep yang mencuri tumpuan ialah Kayoibako, sebuah van elektrik berbentuk kotak yang mampu menawarkan penyelesaian mobiliti untuk semua, selain menyediakan platform yang sangat sesuai untuk pekerjaan seperti membawa muatan barangan, berniaga, atau menikmati kehidupan peribadi di mana jua.

Konsep stereng NEO untuk golongan OKU dan kerusi roda JUU yang diperlihatkan juga membuktikan Toyota kini sedang berada di landasan tepat untuk menjadi sebuah syarikat mobiliti untuk semua.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…
Model Terbaharu
Hyper Force dihasilkan khusus sebagai model EV berprestasi tinggi yang menampilkan trenkuasa motor…