JMS 2023: Honda Prelude muncul sebagai model konsep EV - Kekal sebagai kereta sports 2 pintu!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dunia automotif kini sibuk dengan perubahan ke arah SUV, sehingga ada beberapa jenama yang sanggup mengorbankan nama model ikoniknya untuk dijelmakan semula sebagai sebuah SUV.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead sejati, di mana mereka telah mendedahkan model konsep EV Honda Prelude di acara pameran Japan Mobility Show 2023.

 

2

 

Kemunculan semula nama Prelude merupakan detik besar bagi Honda setelah nama model tersebut digugurkan melebih 20 tahun dari rangkaian model Honda.

Walaupun muncul semula sebagai sebuah EV, ia tetap kekal dengan bentuk tradisi asalnya sebagai sebuah kereta sports dua pintu yang menepati cita rasa para peminatnya.

 

3

 

Dari segi rekaan luaran, ia menampilkan rupa sebuah kereta sports yang lebih segar dan agresif, sesuai dengan jangkaannya sebagai generasi Prelude terbaharu.

Menurut jurucakap Honda, "Model ini akan menjadi pendahulu untuk model masa depan kami yang akan mewarisi 'kegembiraan memandu' ke dalam masa depan elektrik sepenuhnya dan merangkumi minda sukan Honda yang tidak boleh diubah."

 

4

 

Walau bagaimanapun, Honda belum mengesahkan apa-apa maklumat mengenai penghasilan produksi model konsep dengan nama Prelude itu, dan perincian mengenai spesifikasi juga tidak didedahkan.

Pada 15 Ogos lepas juga, Honda telah mendaftarkan tanda dagang bagi nama Prelude.

Dengan kemunculan model konsep yang kelihatan sedia untuk versi produksi itu, kehadiran semula model Prelude sebagai model massa mungkin boleh dijangka tidak lama lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak Insight dengan teknologi IMA (Integrated Motor Assist) diperkenalkan pada 1999, Honda…
Berita Global
  Prelude merupakan model global dan Honda telah pun mengesahkan pengenalannya di Amerika…
Berita Global
  Prelude Concept terlebih dahulu menggegarkan dunia automotif semasa dipertontonkan pada Japan…