JMS 2023: Toyota pamer SUV offroad elektrik Land Cruiser Se dan lima lagi model konsep!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota nampaknya sudah bersedia untuk menggegarkan acara pameran Japan Mobility Show tahun ini dengan beberapa buah model konsep yang menarik dan mencuri tumpuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripanyada ialah Land Cruiser Se, sebuah SUV off-road tiga baris tempat duduk berkuasa elektrik sepenuh masa dengan membawakan reka bentuk yang futuristik.
 

LAND


Tidak banyak info didedahkan buat masa ini, melainkan dimensi sepanjang 5,150 mm, lebar 1,990 mm, tinggi 1,705 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,050 mm.

Berbanding Land Cruiser 300 dan 250 Series yang menggunakan binaan casis body-on-frame (platform TNGA-F), Land Cruiser Se membawakan binaan casis monocoque yang menawarkan pengendalian yang lebih responsif, serta keyakinan untuk menawan permukaan bumi yang pelbagai.

Pendekatan yang sama dibawakan oleh Land Rover pada Defender baharu mereka.

Dari segi luaran, Land Cruiser Se menampilkan binaan lampu utama dan bukaan jeriji hadapan yang nipis, bampar dan arka roda bersegi, kamera sisi serta struktur bumbung seakan terapung.

 


Selain daripada Land Cruiser Se, Toyota bakal mempamerkan beberapa model konsep lain seperti berikut:

 

1. EPU

EPU


Trak pikap saiz pertengahan berkuasa elektrik dengan binaan badan monocoque.

Ia membawakan dimensi sepanjang lebih lima meter, dengan ruang belakang yang amat versatil untuk pelbagai jenis kegunaan.

Menurut Toyota, EPU ini mempunyai titik graviti yang rendah menyumbang kepada kestabilan pengendalian dan keselesaan pemanduan.

Dari segi dimensi, EPU Concept ini membawakan ukuran sepanjang 5,070 mm, lebar 1,910 mm, tinggi 1,710 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,350 mm.


 


2. Land Hopper

LAND


Ia bukanlah model baharu dari siri Land Cruiser, akan tetapi sebuah konsep mobiliti persendirian tiga roda berkuasa elektrik yang boleh dilipat dan disimpan di dalam ruang kargo kereta.

Land Hopper boleh ditunggang tanpa memerlukan sebarang lesen sah, menjadikannya satu mod pengangkutan yang sangat sesuai untuk semua lapisan umur, termasuklah golongan berusia yang tidak lagi mahu memperbaharui lesen mereka.


 


3. JUU

JUU


Aspek mobiliti bukanlah untuk golongan yang sukakan roda stereng semata-mata.

Menerusi JUU, Toyota memperlihatkan konsep kerusi roda elektrik untuk golongan yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal untuk bergerak ke mana sahaja.
 

JUU


Kerusi roda JUU ini mempunyai dua roda besar di bahagian sisi, serta dua roda bantuan di bahagian belakang untuk tujuan penstabilan dan mendaki tangga setinggi 16 cm.

Sistem motor elektrik pada JUU ini adalah unit sama digunakan pada kereta elektrik, malah Toyota juga sedang meneroka peluang untuk memasang sistem pergerakan autonomi bagi memudahkan urusan keluar masuk kenderaan dengan lebih mudah.

 

4. NEO Steer

NEO


Tidak semua golongan kurang upaya (OKU) mempunyai nasib yang serupa.

Untuk itu, Toyota menghasilkan NEO Steer, sebuah konsep kokpit yang direka berdasarkan bar hendal motosikal yang mengintegrasikan fungsi pendikit dan brek pada roda stereng.
 

neo

 

5. Space mobility

space


Tidak terhad kepada aplikasi di muka bumi, Toyota juga memperlihatkan konsep yang boleh digunakan di angkasa lepas.

Prototaip buggy berkuasa elektrik Space mobility ini membawakan satu motor elektrik untuk setiap roda, sistem stereng semua roda, dan berkeupayaan untuk mendaki laluan berbatu setinggi 50 cm atau curam bersudut 25 darjah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam dunia ini, teknologi untuk mencapai neutraliti karbon tidak terhad dengan kenderaan elektrik…
Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…