JMS 2023: Toyota pamer konsep trak pelbagai guna IMV 0

oleh Mohamad Hanif|
Japan Mobility Show 2023 yang bakal berlangsung tidak lama lagi bakal mempamerkan beberapa model konsep menarik daripada Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah membuat kemunculan di Indonesia (dikenali dengan nama Rangga) pada Ogos lalu, Toyota IMV 0 (Innovative International Multi-Purpose Vehicle) bakal muncul secara rasmi di Tokyo.
 

Imv


Difahamkan, Toyota akan mempamerkan dua buah model konsep sebenar di JMS 2023 berdasarkan IMV 0.

Satu daripadanya membawakan konsep kafe bergerak, sementara sebuah lagi merupakan konsep bar kapsul yang menawarkan hadiah kereta miniatur kepada pengunjung yang dapat menjawab soalan mudah.
 

Imv


Selain daripada model konsep sebenar, Toyota IMV 0 sebenarnya boleh 'berubah' menjadi kenderaan yang menawarkan pelbagai fungsi yang berguna.

Seperti contoh, trak pemanduan off-road, campertruck dengan ruang kabin yang lebih luas, kenderaan penyelamat untuk kegunaan pasukan Palang Merah, serta tidak ketinggalan versi sporti dengan jarak lega bumi yang sangat rendah.
 

Imv


Menurut Toyota, pemilik boleh memadankan apa jua binaan seksyen belakang kepada casis dengan mudah  menggunakan bolt dan nat.

Dalam bentuk konsep, Toyota IMV 0 membawakan ukuran sepanjang 5,300 mm, lebar 1,785 mm, tinggi 1,740 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,085 mm - hampir sama dimensi dengan Hilux sedia ada.
 

Imv


Selain itu, ia membawakan tetapan casis ladder-frame diikuti dengan suspensi dedaun di bahagian belakang.

Terdapat juga laporan di mana IMV 0 bakal ditawarkan dengan pilihan enjin diesel, petrol, hibrid dan elektrik sepenuh masa.

Jadi, adakah model IMV 0 ini pengganti sebenar trak pikap Toyota Hilux?

 

Model konsep Toyota IMV 0

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebuah kereta yang sangat cantik pernah dihasilkan oleh Mazda yang mampu memenuhi…
Berita Domestik
Tahun lalu, syarikat automotif nombor satu negara itu mencatat jualan sebanyak 69,011 unit bagi…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…