Perodua hasilkan purata 30k kenderaan sebulan untuk capai sasaran jualan 314,000 tahun ini 

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat automotif nombor satu negara, Perodua kini menghasilkan secara purata 30,000 unit kenderaan sebulan untuk memenuhi permintaan dan mencapai sasaran jualannya sebanyak 314,000 bagi tahun 2023.

Perodua terus menampakan peningkatan di dalam prestasi jualan/pendaftaran kenderaan baharu dengan kenaikan sebanyak 28.3 peratus untuk jualan suku ketiga tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun lalu, syarikat automotif nombor satu negara itu mencatat jualan sebanyak 69,011 unit bagi suku ketiga, berbanding 88,537 unit untuk waktu yang sama tahun ini.

Menurut wawancara dengan Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, Timbalan Presiden Perodua yang berada di Tokyo tempohari, peningkatan jualan (kenderaan yang terdaftar) adalah akibat kecekapan operasi pengeluaran yang juga membuktikan peningkatan.

Perodua menghasilkan sebanyak 91,528 unit kenderaan untuk suku ketiga 2023, 21.7 peratus lebih tinggi berbanding 75,196 unit pada waktu yang sama tahun lalu.

 

 

"Ini ialah kerana kapasiti bekalan bahan mentah dan alat ganti yang mencukupi dan membenarkan Perodua meningkatkan pengeluaran," ujar Suhaimi.

Beliau menerangkan bahawa Perodua masih mampu meneruskan operasi dua syif sehari. 

"Peningkatan pengeluaran juga adalah hasil dari proses pengilangan yang efisian," tambahnya lagi.

Kilang pengeluaran Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (PGMSB) menunjukan peningkatkan pencapaian angka takt 1.1 (minit), hampir kepada pengeluaran maksimum Perodua sebanyak 1.0 (minit).

Takt ialah nisbah penghasilan satu unit produk sebelum proses pengeluaran untuk satu unit lagi bermula.

 

 

 

Bagi angka pengeluaran terkini tahun ini, pengeluar kereta kompak itu telah menghasilkan 245,341 unit kenderaan sehingga September lalu atau peningkatan sebanyak 18.6%  daripada 206,837 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Sementara itu, bagi perbandingan bulan ke bulan, Perodua telah mendaftar 28,995 unit kenderaan pada bulan September 2023, kenaikan sebanyak 17.7% daripada 24,626 pada September 2022.

Manakala dalam aspek pengeluaran, Perodua telah menghasilkan 31,447 kenderaan pada September 2023, peningkatan sebanyak 8.2% daripada 29,077 unit pada September tahun lalu.

Perodua Bezza menjadi pilihan nombor satu pasaran tempatan, mengalahkan juara tradisional Myvi.

Perodua juga bercadang untuk mencapai sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 unit bagi tahun 2023, di mana baki dari sasaran jualan 314,000 unit adalah untuk UMW Toyota dan selainnya untuk eksport di bawah nama Perodua dan Daihatsu.

Tonton video Careta di mana kami bandingkan Myvi terkini dengan Proton Iriz Activ.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…