JMS 2023: Toyota, Lexus dedah konsep reruai, fokus tema mobiliti

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai beberapa minggu acara Japan Mobility Show 2023 bakal membuka tirainya, dan seperti biasa, tidak lengkap acara tersebut tanpa penglibatan daripada pengeluar automotif terbesar dunia, Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Reruai Toyota untuk tahun ini membawakan tema  “Let’s Change the Future of Cars – Find Your Future” yang menekankan semangat “Mobility for All”, selain mempamerkan barisan model-model terkini termasuklah siri Crown dan Century.

Selain daripada itu, Toyota turut menyediakan ruang interaktif Capsule Bar, serta sudut pengalaman NEO Steer dengan menggunakan simulasi pemanduan Gran Turismo 7.
 

Lexus


Sementara itu, Lexus bakal membuka reruai khas dengan membawakan tema “Discover a future you can’t wait to navigate!” yang menampilkan penggunaan estetika tradisional Jepun dan bahan buluh yang mesra alam, selain mempamerkan barisan model konsep kenderaan elektrik bateri generasi baharu.

Untuk makluman, menjelang tahun 2035 Lexus berazam untuk menjadi sebuah jenama elektrik sepenuh masa.

Japan Mobility Show 2023 akan dibuka kepada umum bermula 28 Oktober hingga 5 November.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebuah kereta yang sangat cantik pernah dihasilkan oleh Mazda yang mampu memenuhi…
Berita Domestik
Tahun lalu, syarikat automotif nombor satu negara itu mencatat jualan sebanyak 69,011 unit bagi…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…