JMS 2023: Toyota FT-3e, crossover elektrik tajam yang mampu membelah masa depan

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi model konsep yang dipamerkan pada acara Japan Mobility Show 2023 ialah Toyota FT-3e.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Crossover berkuasa elektrik ini – sama seperti Toyota FT-Se -  masih lagi tidak diketahui butiran spesifikasinya, namun besar kemungkinan ia bakal menemani ‘abangnya’ bZ4X yang kesunyian itu.
 

FT3e


Namun yang pasti, FT-3e ini secara luarannya membawakan pendekatan rekaan yang agak tajam, jauh lebih garang berbanding bZ4X.

FT-3e menampilkan rim yang agak besar dimensinya (standard untuk model konsep), rekaan lampu utama depan dan belakang yang nipis, struktur bumbung 'terapung' yang disudahkan dengan spoiler belakang yang turut terapung.
 

FT3e


Antara ciri unik yang wujud pada FT-3e ini ialah skrin digital pada bahagian pintu pemandu/penumpang hadapan yang dapat memaparkan info seperti suhu, kualiti udara, serta status pengecasan semasa.

Sementara pada tiang B dan C pula terdapat ruang yang mungkin sekali menyediakan penderia dan imbasan cap jari untuk menyahkunci dan membuka pintu.
 

FT-3e


Jika anda perasan, garis bumbung FT-3e ini adalah hampir rata, menyumbang kepada ruang kepala yang lebih besar untuk penumpang belakang.

Susun atur papan pemuka adalah hampir sama dengan FT-Se, namun dengan tambahan skrin di bahagian tapak tiang A untuk paparan cermin sisi, diikuti dengan cermin pandang belakang digital.

Buat masa ini, Toyota tidak mengesahkan model FT-3e ini bakal diproduksikan atau tidak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam dunia ini, teknologi untuk mencapai neutraliti karbon tidak terhad dengan kenderaan elektrik…
Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…